Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Isu Kesihatan Umum Pada Kucing Yang Berusia

Si Manja anda merupakan makhluk yang kuat dan bertenaga yang terkenal dengan sifat suka bermain, kecomelan, sifat ingin tahu dan pengembaraan.

Masalah-Masalah Kesihatan Umum Kucing Berumur

Menjadi pemilik kucing kesayangan anda adalah bagaikan satu anugerah. Menyaksikan perjalanan menakjubkan seekor anak kucing yang membesar menjadi kucing yang anggun dan megah. Jadi, sama ada si Manja anda masih dalam usia anak kucing, atau hampir mencapai usia tua, para pemilik kucing tidak pernah berhenti kagum dengan si Manja kesayangan mereka.

Ianya merupakan sebuah tanggungjawab pemilik kucing untuk memantau kesihatan umum anak bulu mereka, terutamanya jika kucing anda sudah berumur. Walaupun kucing mempunyai daya tahan tubuh yang tinggi dan menikmati jangka hayat yang panjang, kucing yang sudah berumur seringkali mengalami ketidakselesaan fizikal dan penyakit-penyakit umum menjelang tahun-tahun lanjut kehidupan mereka. Kerap kali sewaktu inilah, kucing anda memerlukan perhatian pakar untuk mendiagnosis sebarang masalah kesihatan yang biasanya ditimpa kucing yang berumur.

Artikel ini membincangkan isu-isu kesihatan yang sering di alami kucing berumur seperti diabetes yang disebabkan oleh kadar glukosa untuk kucing dan cara anda boleh membantu si Manja anda melegakan ketidakselesaan mereka jika terdapat sebarang masalah dengan kucing yang lebih tua.

Makanan Kucing Sihat Untuk Kucing Berumur

Kucing amat dikenali untuk kasih sayang dan kesungguhan mereka yang tiada tandingan dalam soal makanan. Sebagai karnivor, kucing bukan sahaja memerlukan diet yang mengandungi protein dan lemak haiwan, malah mereka juga menggemari makanan pelbagai tekstur dan rasa. Walaupun dalam usia lanjut, kucing memerlukan protein dan lemak haiwan yang mencukupi. Tambahan pula, mineral dan suplemen vitamin yang lain juga diperlukannya untuk kekal sihat dan mengelakkan masalah berkenaan kucing yang berusia lanjut. Walaupun kucing berumur sering kehilangan keupayaan mereka untuk mengunyah kesemua makanan yang ditawarkan kepada mereka, mereka masih lebih suka kepelbagaian dalam makanan harian mereka.

Oleh itu, kebanyakan pemilik kucing sering mencari alternatif makanan kucing yang sihat dan kaya dengan perisa dan boleh ditawarkan dengan selamat kepada kucing berumur tanpa menjejaskan perut mereka. Sering kali pilihan terbaik untuk mereka adalah makanan yang dimasak di rumah berkualiti tinggi yang kaya dengan protein dan mineral. Ianya juga yang tidak mengandungi glukosa untuk kucing yang tinggi untuk mengelakkan diabetes dan kerumitan kesihatan lain pada kucing yang lebih tua. Whiskas juga mempunyai makanan kucing istimewa yang disediakan tanpa glukosa untuk kucing yang sesuai untuk perut mereka namun ia dipenuhi dengan semua nutrien yang diperlukan untuk kucing yang semakin tua.

Masalah Kesihatan Umum Pada Kucing Berumur

Maklumat mengenai penyakit umum yang disebutkan di bawah yang dihidapi kucing yang lebih tua boleh membantu anda menjadi lebih termaklum dan prihatin tentang rakan kucing anda.

  1. Artritis

    Walaupun kucing kita yang tidak ternilai itu biasanya dikenali sebagai sangat cerdas dan tangkas, mereka masih boleh menghidap artritis kucing pada usia lanjut. Gejala-gejala artritis kucing seperti keradangan yang menyakitkan di sekeliling sendi badan dan yang boleh menyekat pergerakan kucing, haruslah dirawat dengan rawatan artritis kucing yang sewajarnya.

  2. Kanser

    Walaupun kucing tidak begitu terdedah kepada risiko kanser seperti anjing, mereka masih boleh menghidap tumor kanser pada usia tua mereka. Limfoma, salah satu kanser yang lebih ketara di antara kucing, juga sering dicetuskan oleh virus leukemia kucing.

  3. Penyakit-penyakit pergigian

    Penyakit berkaitan gigi kucing bukan sekadar risiko yang dihadapi oleh kucing pada mana-mana peringkat kehidupan mereka, lebih-lebih lagi kepada kucing dalam tahun-tahun senja mereka. Penyakit pergigian yang disebabkan oleh pembentukan plak dan karang gigi adalah perkara yang sering dialami kucing, dan boleh mengakibatkan gusi kucing berdarah, keradangan dan jangkitan pergigian yang lain.

  4. Kemerosotan Penglihatan

    Walaupun kucing mempunyai penglihatan yang sangat baik, penglihatan mereka mungkin mengalami perubahan ketara sepanjang hayat mereka. Malah, ianya boleh menyebabkan kehilangan penglihatan pada tahun-tahun lanjut kucing. Antara petanda-petanda kelanjutan usia yang dapat diperhatikan dalam kucing adalah katarak, di mana kanta mata secara beransur menjadi kabur, mengakibatkan penglihatan berkurangan.

  5. Kehilangan Pendengaran

    Secara alami, kucing sangat bergantung pada deria pendengaran mereka untuk memburu mangsa, serta mengelak pemangsa. Walau bagaimanapun, pada tahun-tahun akhir mereka, kucing sering didapati kehilangan keupayaan mereka untuk mendengar sebahagiannya atau sepenuhnya.

  6. Hipertiroidisme

    Walaupun kes-kes hipertiroidisme dalam kucing jarang berlaku, kucing berumur lebih cenderung kepada masalah tiroid berbanding kepada kucing muda. Hipertiroidisme dalam kucing boleh mengakibatkan pengeluaran hormon yang berlebihan oleh kelenjar tiroid dalam kucing, menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Ini boleh menyumbang kepada tanda-tanda hipertiroidisme pada kucing seperti kelesuan dan keletihan, mengurangkan selera makan, obesiti dan sembelit, suhu badan yang tidak teratur, dan sebagainya.

  7. Penyakit Buah Pinggang

    Kucing berumur juga sering terdedah kepada risiko masalah kesihatan kucing tua seperti penyakit buah pinggang, yang juga boleh menyebabkan kemerosotan buah pinggang kronik, serta gangguan kesihatan lain.

Bagaimanakah Saya Dapat Membantu Menjaga Kesihatan Kucing Berumur Saya?

Jika anda bimbang tentang keadaan hati kucing dan kesihatan kucing anda, berikut ialah beberapa petua untuk memastikan kucing berumur anda selesa:

  1. Menggosok gigi kucing dengan kerap dapat mengelakkan pembentukan plak dan karang gigi kucing, yang mungkin mengakibatkan penyakit gigi kucing.
  2. Tingkatkan kesihatan mental mereka dengan mencurahkan kasih sayang, mainan dan makanan kepada mereka. Ia juga penting bagi kucing berumur untuk mengelakkan tekanan-tekanan yang berpunca daripada persekitaran mereka.
  3. Kebersihan dan dandanan yang baik adalah penting untuk kucing yang lebih tua kerana mereka mungkin kehilangan kelenturan akibat usia tua dan artritis. Dandanan yang kerap membantu mengeratkan ikatan anda dengan mereka. Ianya juga dapat menghilangkan bulu yang longgar dan rambut kusut.
  4. Tempat tidur yang selesa di sudut kegemarannya dapat memastikan keselesaan kucing berumur anda. Pastikan kucing anda mempunyai katil yang selesa dan selimut hangat untuknya meringkuk semasa tidur.
  5. Walaupun kucing memang gemar mengembara dan merayau, ianya adalah lebih bijak untuk mengelakkan mereka keluar pada masa menghampiri usia tua. Ini bukan sahaja mengelakkan risiko perosak seperti cacing dan kutu, tetapi juga menjauhkan mereka dari unsur-unsur bahaya yang terdapat di persekitaran mereka.

Bilakah Masanya Untuk Membuat Lawatan ke Doktor Veterinar Untuk Bantuan?

Kucing berumur memerlukan perhatian doktor haiwan dengan lebih kerap, kerana ia membolehkan pengesanan awal seperti penyakit jantung pada kucing. Selain itu, tanda-tanda awal masalah kesihatan seperti diabetes, artritis, hipertiroidisme dan cacing jantung pada kucing dapat dikesan secara tepat. Ia juga membolehkan rawatan-rawatan khusus seperti rawatan hipertiroidisme dan rawatan kencing manis kucing dijalankan mengikut keperluan.

Oleh itu, perundingan pakar setiap enam bulan walaupun si manja anda sihat dan gembira bermanfaat sama sekali dan mengelakkan kerumitan kesihatan yang tidak disangka.

Soalan Lazim

 

Apakah masalah perubatan yang paling kerap berlaku di antara kucing yang lebih tua?

Kucing yang lebih tua selalunya terdedah kepada risiko penyakit -penyakit umum seperti arthritis, gangguan penglihatan dan pendengaran, penyakit periodontal, diabetes, penyakit jantung, kegagalan buah pinggang, kanser dan cacing jantung pada kucing.

Perlukah saya menukar pemakanan kucing saya apabila mereka semakin tua?

Bergantung pada umur dan baka mereka, kucing memerlukan perubahan dalam pemakanan mereka mengikut peredaran umur kucing tersebut. Pemakanan kucing anda juga mesti diubah untuk mengurangkan kadar glukosa untuk kucing dan mengambil kira protein dan mineral berkualiti tinggi. Makanan khusus yang disediakan tanpa glukosa untuk kucing juga merupakan pilihan yang baik untuk diberikan kepada si manja yang menghidapi diabetes.

Adakah haiwan peliharaan yang berumur masih memerlukan vaksinasi tahunan?

Ya, kucing berumur perlu mengikuti vaksinasi tahunan mereka juga, terutamanya untuk pencegahan cacing jantung untuk kucing. Vaksinasi tahunan juga boleh membantu dalam menghapuskan risiko kutu selain daripada cacing jantung pada kucing.

Apakah tanda-tanda amaran pada kucing yang lebih tua?

Kucing mungkin menunjukkan tanda-tanda tua pada tahun-tahun akhir mereka, seperti kerosakan gigi dan tanda-tanda pembentukan karang gigi, ketidakupayaan untuk melompat seperti yang mereka lakukan sebelum ini, kelesuan, bulu kusut dan hilang selera makan.

Apakah tanda-tanda masalah jantung pada kucing?

Penyakit jantung pada kucing tidaklah begitu ketara sehingga ianya semakin tua. Sewaktu usia tua mereka, tanda-tanda awal penyakit jantung pada kucing atau kerumitan hati kucing yang lain adalah seperti sesak nafas, kesukaran dalam aktiviti fizikal, kelesuan dan degupan jantung kucing yang meningkat secara berterusan.

Apakah makanan yang baik untuk kesihatan hati kucing?

Ibu bapa kucing sering bimbang tentang kesihatan hati kucing mereka, terutamanya pada kucing yang lebih tua. Makanan yang kaya dengan protein dan mineral yang mencukupi, bermanfaat untuk kucing mengekalkan kesihatan jantung dan untuk menghilangkan cacing hati kucing dan penyakit jantung lain dalam kucing.

Apakah jangka hayat kucing yang menghidapi hipertiroidisme?

Hipertiroidisme dalam kucing adalah kerumitan kesihatan yang biasanya ketara pada usia tua dan mengakibatkan ketidakseimbangan hormon. Masalah tiroid dalam kucing boleh mendatangkan maut. Oleh itu, rawatan seperti ubat tiroid kucing atau hipertiroidisme haruslah dipertimbangkan.

Whiskas brand imagery