Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Kucing Hutan

Kucing Hutan

Sehebat namanya, Kucing Hutan Norway sangat mengagumkan daripada segala aspek. Mereka adalah pemburu hebat, sangat bersosial dan ramah terhadap haiwan dan binatang peliharaan yang lain. Melihat si comel ini boleh mencairkan hati anda!

Penunjuk Utama:

  • Berat:

    Kebanyakan Kucing Hutan Norway mempunyai berat sekitar 12 paun, tidak kira jantina mereka. Berat akan berubah mengikut umur, pemakanan dan kesihatan Kucing Hutan Norway

  • Tinggi:

    Kucing Hutan Norway mempunyai struktur yang lebih besar daripada struktur biasa dan panjang mereka boleh mencapai di antara 9 hingga 12 inci bergantung pada umur mereka

  • Jangka hayat:

    Secara purata, jangka hayat Kucing Hutan Norway adalah di antara 8 tahun hingga 14 tahun. Walau bagaimanapun, mereka boleh hidup lebih lama sekiranya mereka mengekalkan cara hidup sihat dan terpelihara daripada risiko kesihatan yang membimbangkan.

  • Bulu:

    Kucing Hutan Norway adalah baka kucing yang berbulu panjang, bulu mereka yang tebal dan mengurai menyumbang kepada penampilan menawan mereka. Walau bagaimanapun, bulu mereka kerap gugur dan memerlukan dandanan yang kerap. Bulu Kucing Hutan Norway selalunya berwarna putih, hitam, biru, merah, kameo, coklat, tortoiseshell (corak bulu yang seakan-akan cengkerang kura-kura) dan kuning cair. Corak pada bulu mereka boleh berbeza seperti dwi warna, calico (tiga warna - oren, hitam dan putih), tabby (berbelang), warna asap atau berlorek.

Penilaian:

  • Kemesraan – ⭐⭐⭐⭐
  • Keupayaan untuk menyesuaikan diri  – ⭐⭐⭐⭐⭐
  • Tingkah laku terhadap haiwan peliharaan lain – ⭐⭐⭐⭐⭐
  • Tingkah laku terhadap manusia – ⭐⭐⭐⭐⭐
  • Suka bermain – ⭐⭐⭐⭐⭐
  • Kecenderungan kepada obesiti – ⭐⭐⭐⭐⭐
  • Kesihatan menyeluruh - ⭐⭐⭐⭐⭐
  • Jangka hayat – ⭐⭐⭐⭐⭐
  • Mudah dilatih - ⭐⭐⭐⭐⭐
  • Digalakkan untuk pemilik kali pertama – ⭐⭐⭐⭐⭐

Satu bintang = rendah/buruk
Lima bintang = tinggi/baik

Penampilan Fizikal

Kucing Hutan Norway bukan sahaja nampak megah, tetapi ia juga salah satu baka kucing berbulu panjang tercantik! Kucing Hutan Norway mempunyai struktur tulang yang besar dengan bulu tebal untuk membantunya bertahan dalam musim sejuk. Sebagai baka kucing berotot, Kucing Hutan Norway terkenal dengan kebolehan memburu, ciri-ciri ini juga terdapat pada Kucing Hutan Norway yang telah dijinakkan.

Penampilan unik Kucing Hutan Norway termasuklah kepala besar berbentuk segitiga yang disokong dengan leher yang tebal dan berotot. Mereka mempunyai telinga bersaiz sederhana dan sedikit bulat dan dagu yang jelas kelihatan. Sebagai kucing yang suka berburu, Kucing Hutan Norway mempunyai kaki belakang yang lebih tinggi daripada kaki depan, sangat berotot untuk menjejak dan memburu mangsa.Tapak kaki mereka juga lebih besar berbanding kebiasaan, serta mempunyai bulu di antara jari kaki.

Kucing Hutan Norway sangat terkenal dengan bulu mewah dan menawan. Bulu tebal pada badan Kucing Hutan Norway membantu mereka bertahan dalam cuaca sejuk dengan mudah, memastikan mereka kekal hangat bila perlu. Ketebalan bulu juga membuatkan mereka kelihatan lebih besar daripada saiz sebenar. Lapisan bulu yang tebal dan panjang juga menyumbang kepada kemandirian mereka di dalam hutan, memberikan perlindungan semula jadi terhadap bahaya. Bulu Kucing Hutan Norway juga berkilat, mengurai dan panjangnya juga berbeza pada setiap kucing. Kucing ini juga mempunyai ekor yang panjang dan berbulu lebat sepadan dengan penampilan menawan mereka.

Kesihatan

Kucing Hutan Norway terkenal dengan kekuatan dan ketahanan mereka terhadap kebanyakan penyakit. Walau bagaimanapun, masih terdapt beberapa komplikasi kesihatan yang mungkin dihadapi mereka. Dengan mengetahui komplikasi ini, anda dapat mengenal pasti masalah kesihatan dan mendapatkan rawatan yang mereka perlukan dengan segera:

  • Kardiomiopati hipertrofik:

    Kardiomiopati hipertrofik adalah penyakit jantung yang biasa dihidapi oleh kebanyakan baka kucing, selalunya disebabkan mutasi genetik. Ia biasa dihidapi oleh baka kucing berbulu panjang, termasuk Maine Coon, Kucing Hutan Norway dan kucing Parsi.

  • Penyakit IV Glycogen Storage:

    Penyakit IV Glycogen Storage adalah keadaan genetik yang diwarisi yang sering membawa maut kepada Kucing Hutan Norway. Kebanyakannya dihidapi oleh kucing yang muda. Penyakit IV Glycogen Storage boleh dikenalpasti melalui ujian DNA dan memerlukan sokongan penjagaan kesihatan

  • Renal dysplasia:

    Disamping itu, Kucing Hutan Norway juga terdedah pada penyakit yang memerlukan diagnosis menyeluruh dan rawatan kesihatan, seperti Penyakit buah pinggang polisistik, penyakit buah pinggang, serangan bakteria dan virus, rabies dan sebagainya.

Dandanan

Sebagai baka kucing yang mempunyai bulu panjang dan mewah, Kucing Hutan Norway memerlukan sesi dandanan yang kerap untuk menyingkirkan bulu melekap dan keguguran yang teruk. Walaupun mereka mempunyai bulu tebal dan mengurai, Kucing Hutan Norway mudah untuk didandan. Anda juga boleh bantu sikat bulu untuk mereka kelihatan kemas serta bebas daripada bulu melekap dan tertelan gumpalan bulu. Sesi dandanan boleh dilakukan sekerap dua kali seminggu, secara bulanan. Selain itu, anda juga boleh mendandan Kucing Hutan Norway anda (memotong kuku dan membersih) serta memandikan mereka secara bulanan untuk mengekalkan kesihatan mereka. Setelah selesai, anda boleh juga memberus gigi mereka secara berkala dan pastikan telinga mereka dibersihkan.

Bermain

Baka kucing Norwegian adalah baka yang sangat bijak, suka bersosial dan suka bermain. Disebabkan mereka mempunyai naluri memburu, anda boleh merangsang kemahiran memburu Kucing Hutan Norway dengan membenarkan mereka mengejar mainan. Lama kelamaan, mereka akan menyukai mainan tertentu. Kucing Hutan Norway sangat mesra dan menyukai kasih sayang dan perhatian yang diberikan kepada mereka.

Soalan Lazim Kucing Hutan Norway

Adakah Kucing Hutan Norway mudah bergaul dengan haiwan peliharaan yang lain?

Kucing Hutan Norway sangat sosial dan suka berinteraksi dengan haiwan lain. Mereka terkenal dengan sifat lembut dan baik, menjadikan mereka sebagai teman yang terbaik untuk kanak-kanak serta haiwa lain. Kepintaran serta keramahan mereka membuatkan mereka mudah bergaul dan mesra terhadap haiwan lain. Sekiranya anda mempunyai Kucing Hutan Norway di rumah, mereka mungkin suka bermain bersama haiwan peliharan lain dan mempelajari helah baru. Kucing Hutan Norway juga cukup berotot dan nampak sasa berbanding kucing dan haiwan lain, tapi sikap mereka yang baik dan lembut membuatkan mereka lebih terserlah berbanding baka kucing lain.

Adakah Kucing Hutan Norway peramah?

Kucing Hutan Norway mempunyai sikap yang baik dan mudah bergaul, sikap ni menjadikan mereka sangat mesra dengan manusia dan haiwan peliharaan lain. Sebagai kucing yang mempunyai kemahiran dan keperluan sosial yang tinggi, Kucing Hutan Norway sangat menghargai pujian dan kasih sayang. Mereka mudah untuk berinteraksi dengan manusia dan mudah membina ikatan dengan manusia disekeliling mereka. Menghabiskan masa dan memberikan kasih sayang terhadap mereka sememangnya cara yang terbaik untuk membina ikatan yang kuat dan bermakna dengan Kucing Hutan Norway anda.

Berapakah jangka hayat Kucing Hutan Norway?

Kucing Hutan Norway adalah kuat dan menunjukkan daya tahan yang tinggi terhadap penyakit dan kecederaan fizikal. Kucing ini selalunya mempunyai jangka hayat yang panjang, di antara 8 tahun hingga 14 tahun. Walau bagaimanapun, jangka hayat adalah bergantung pada ketahanan dan kecenderungan mereka untuk jatuh sakit, serta pemakanan mereka.

Adakah Kucing Hutan Norway suka mandi?

Kucing Hutan Norway mempunyai bulu panjang dan tebal, ia membuatkan mereka cenderung untuk keguguran bulu. Jadi, mereka perlukan sesi dandan yang kerap untuk menyingkirkan bulu yang melekap atau bulu gugur daripada badannya. Walau bagaimanapun, ia tidak bermaksud Kucing Hutan Norway anda tidak sukakan air langsung. Kucing Hutan Norway dilihat suka bermain di dalam air. Namun jika mereka tidak sukakan air, anda tidak perlu memaksa mereka mandi. Sebaliknya, anda boleh merancang untuk sesi dandanan yang kerap jika kucing anda menjadi terlalu kotor atau tidak terurus.

Whiskas brand imagery