Enter a keyword below to search for articles and products.
Kucing bergantung kepada ibu bapa mereka dengan sepenuhnya, termasuklah dalam hal pergaulan antara kucing dan juga pendandanan anak kucing. Ibubapa kucing seharusnya membantu anak bulunya mengetahui cara kucing berkawan yang betul. Untuk memastikan bayi bulu kecil anda berkembang untuk bersosial dengan selesa, ianya penting untuk memahami tingkah laku mereka,. Contohnya apabila mereka mengguling atau menekan-nekan kaki mereka pada permukaan lembut. Anda dapat mengembangkan sikap sosilanya melalui memperkenalkannya kepada kanak-kanak dan haiwan kesayangan yang lain, dan melatih mereka sebelum berjumpa dengan kawan kucing yang lain.
Apabila anda membawa kucing atau anak kucing baru ke rumah yang sudahpun mempunyai haiwan peliharaan lain, ianya penting untuk mengetahui cara kucing berkawan dan bergaul. Anda harus memperkenalkannya kepada kawan kucing mereka secara beransur-ansur dan dengan cara yang selamat untuk memastikan semua dapat bergaul bersama dan mesra. Berhati-hati apabila membawa kucing atau anak kucing baru ke rumah anda, terutamanya jika anda mempunyai anjing besar. Apabila anak kucing baharu anda mula menguli, ini bermakna mereka bersedia untuk bertemu dengan kawan kucing baru dan anda juga bolehlah berkawan dan berseronok dengan rakan berbulu anda.
Sebelum anda membawa kucing baru ke dalam rumah anda atau memperkenalkan kucing yang baru kepada kawan kucing yang lain ataupun anak-anak kamu, berbincanglah dengan kanak-kanak anda terlebih dahulu tentang cara kucing berkawan, cara kucing anda mula mengenal nama mereka, cara untuk mendamaikan kucing-kucing yang telah berlawan, cara untuk taat dan juga cara mengusap anak kucing. Anak kucing dapat menyesuaikan dirinya kepada orang dan rakan-rakan barunya dalam masa yang singkat dan dengan mudah apabila seisi rumah, terutamanya kanak-kanak anda telah membiasakan diri mereka dengan tingkah laku dan ciri-ciri anak kucing. Perkara-perkara seperti cara kucing berkawan, cara kucing belajar taat, atau bagaimana kucing harus bergaul dengan orang serta keperluan anak kucing untuk ruang dapat memberikan kepastian kepada anak kucing baru itu yang ia disayangi oleh keluarganya. Kemungkinan besar ia akan mula berguling atau menekan-nekan kakinya sebagai tanda sukacita. Selain itu ianya juga akan menggesel badan atau kaki anda. Ini merupakan cara kucing berkawan.