Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Bermain Bersama Kucing Anda

Pemilik kucing sentiasa mencari cara untuk menghiburkan si comel.

Mengajar Anak Kucing Anda Bermain Dengan Baik

Sebagai ibubapa kepada kucing anda, melihat si manja bermain-main, mungkin antara detik-detik anda sentiasa akan menghargai. Si anak bulu ini amat bertenaga dan ekspresif, lebih-lebih lagi anak kucing yang hanya ingin menghabiskan masanya bermain dengan adik-beradiknya dan ibubapa manusianya. Akan tetapi, naluri pemangsanya boleh mengakibatkan sesi bermain-main menjadi agak kasar, termasuk gigitan dan calaran yang menyakitkan, walaupun niatnya hanya untuk bermain.

Sewaktu kucing bermain, ia mengalami sindrom anak kucing sulung dimana wujudnya kecenderungan untuk menggigit dan mencalar tanpa niat untuk mencederakan sesiapa. Namun, gigitannya masih menyakitkan. Oleh itu, jika anda mengharapkan sesi bermain-main dengan si manja anda tanpa sebarang kecederaan, ia amatlah penting untuk mengajarnya bermain secara baik baik tanpa menggigit atau mencalar sewaktu bermain dengan kucing.

Bermain dengan kucing anda

Kucing merupakan haiwan yang amat pintar dan penyayang. Jadi, ianya satu kebiasaan bagi ibubapa kucing untuk kerap bermain-main dengannya, dimana kedua-dua pihak dapat berseronok dan menjalinkan ikatan yang erat dan saling menyayangi buat selamanya. Namun, oleh kerana naluri memburunya, ia amatlah penting untuk pertimbangkan cara-cara bermain dengan kucing anda yang boleh merangsangkan keupayaan kognitifnya sambil mengurangkan kemungkinan kecederaan. Kucing anda dapat digalakkan untuk bermain secara elok-elok samada bila ia bermain dengan permainannya atau bila kucing bermain dengan anjing, dengan mengunakan kaedah -kaedah seperti memberinya tawaran makanan enak dan menampilkan kasih sayang secara fizikal.

Cara-Cara Bermain

Terdapat pelbagai cara untuk bermain dengan kucing anda yang menghiburkan seperti:

Bermain Dengan Anak Kucing

Samada bermain dengan kucing dewasa atau anak kucing, kita haruslah sedar betapa pentingnya untuk kucing kita bersosial. Malah, kita harus juga faham bahawa kucing memang mempunyai ciri-ciri kekasaran secara semula jadi yang sering kali menyebabkan kelukaan sewaktu ia menggigit dan mencalar ibubapa mereka secara manja. Melatih kucing kamu terlebih dahulu dengan menggunakan tawaran snek dapat mengelakkan tingkah laku yang tidak diinginkan sewaktu bermain-main dengannya di rumah mainan kucing. Permainan seperti susun suai, laluan berhalangan, dan mainan interaktif pada telefon bimbit pintar dapat memanfaatkan keupayaan minda kucing anda.

Bermain Dengan Kucing Dewasa

Tanpa mengira saiz atau umur, kucing memang gemar bermain-main dengan manusia kegemarannya. Kucing yang lebih dewasa lebih pintar dan dapat menampilkan sikap penyayangnya sambil mudah menguasai latihan dan helah baru sewaktu bermain dengan tuan mereka. Kucing yang lebih dewasa juga minat bermain dengan alat permainan seperti mengejar dan mengambil bola atau mainan kunyah. Sempena hari yang istimewa, belilah alat-alat permainan untuk kucing anda. Ia pastinya akan mengeratkan ikatan anda dengannya. Mainan kunyah yang mengandungi catnip juga tersedia di pasaran dan dapat menghiburkan anak bulu anda berjam-jam lamanya. Mainan seperti sorok-sorok, kejar-mengejar dan laluan berhalangan dapat membantu dalam perkembangan keupayaan fizikal kucing anda sambil mengelakkan penyakit seperti obesiti kucing. Permainan telefon bimbit pintar anda seperti teka-teki dan susun suai juga merupakan permainan kegemaran kucing dewasa.

Mempunyai Lebih Daripada Seekor Kucing

Kediaman yang mempunyai lebih daripada seekor kucing membolehkan kucing-kucingnya terhibur untuk berjam-jam apabila mereka dapat bermain-main antara satu sama lain. Memang ternyata bahawa kucing mempunyai kebolehan dadanan semulajadi dan dapat dilihat pada kulit dan bulu si kucing. Mendandan adik-beradiknya adalah satu cara mengukuhkan interaksi antara kucing selain daripada bermain bersama. Kucing-kucing yang mendiami sebuah rumah bersama amat mengemari alat mainan kunyah yang dapat dikejar seperti tikus mainan dan mainan buruan yang lain. Pastikan kucing-kucing anda itu tidak berlaga atau berlawan sebelum membiarkan mereka bersama tanpa diperhatikan.

Menggalakkan Interaksi Sosial Antara Kucing

Meskipun kucing merupakan haiwan penyayang dan suka bermain, seperti apabila anda melihat kucing bermain bola, mereka juga memerlukan ruang mereka sendiri untuk berkembang dan berasa selesa. Ini menyebabkan mereka sering mengelakkan situasi untuk bersosial. Jika anda ingin mendorong anak kucing anda untuk bermain bersama di rumah mainan kucing, demikian adalah beberapa petunjuk untuk dipertimbangkan:

  • Kucing mempunyai sikap ingin tahu yang menyebabkannya suka menilai sesuatu yang baru atau yang tidak dikenali. Oleh itu, jika anda ingin kucing anda bermain dengan kucing lain atau ingin melihat kucing dan anjing bermain, anda haruslah memperkenalkan mereka terlebih dahulu dan pantau sewaktu mereka bermain sebelum membiarkan mereka bermain bersama tanpa pemerhatian.
  • Membiarkan kucing bermain bersama dapat memupuk keupayaan memburu dan koordinasi kucing anda. Ia juga akan lebih terbuka untuk bersosial dengan kucing yang lain. Kucing yang bermain dengan kucing yang lain diperhatikan menjadi lebih aktif, seperti gemar menerkam ekor rakannya.
  • Apabila melihat kucing bermain dengan kucing lain di dalam rumah mainan kucing, anda juga harus prihatin terhadap tanda-tanda keganasan, seperti berdesing, apabila bulunya terangkat dan mengiau. Kesemuanya ini menunjukkan bahawa kucing anda telahpun sampai ke tahap toleransinya dan kini perlu masa untuk bersendirian sebelum kembali bermain dengan kucing lain.

Tip sewaktu bermain dengan kucing

Sebagai ibubapa anak bulu, keinginan untuk bermain dengan kucing di rumah mainannya itu memang menjadi satu kebiasaan. Kucing ternyata begitu peramah dan penyayang, jadi bermain dengannya dapat memupuk perhubungan yang lebih erat. Walaubagaimanpun, kita harus sedar bahawa kucing secara semulajadi suka bersendirian juga dan lebih selesa dalam ruangnya sendiri. Demikian adalah beberapa petunjuk untuk diingati sewaktu bermain dengan kucing anda:

  • Anda boleh cuba melatih anak kucing anda untuk bersosial sewaktu ianya masih kecil, kerana ia akan mendorong kucing anda untuk berinteraksi dengan mudah dan mengambil bahagian dalam sesi bermain kucing dengan kucing lain.
  • Bersosial membantu kucing lebih mengawal tingkah lakunya dan meningkatkan semangatnya sewaktu bermain dengan ibubapa manusianya atau sewaktu kucing dan anjing bermain.
  • Ia juga penting untuk faham bahawa sewaktu bersosial dengan kucing anda, haruslah anda prihatin terhadap kebebasan peribadi yang diperlukannya.
  • Oleh kerana keupayaan minda dan fizikal kucing anda akan bertambah baik sewaktu bermain di dalam rumah mainan kucing, anda harus menggabungkan beberapa sesi bermain kucing sepanjang hari, sambil mengingati kebebasan peribadinya.
  • Permainan seperti membaling dan menangkap, sorok-menyorok, kucing bermain bola dan laluan berhalangan dapat membantu si anak bulu lebih aktif secara fizikal dan sejurusnya mengelakkan penyakit obesiti kucing.

Soalan Lazim

 

Apakah cara-cara yang dapat menggembirakan kucing saya?

Oleh kerana kucing secara semulajadi memang bersifat penyayang, ia tidaklah sukar untuk menggembirakan mereka. Asalkan anda sering memberikannya pelukan, permainan dan sekali-sekala memberikannya tawaran-tawaran enak, kucing anda memang bertuah memiliki ibu bapa seperti anda.

Apakah cara-cara untuk bermain dengan kucing saya di rumah?

Bukan seperti anjing, anak bulu ini biasanya tidak suka bersosial dan suka menyendiri, dan lebih cenderung bermain dengan manusia kegemarannya di dalam rumah. Permainan seperti baling dan kutip, sorok-menyorok, kejar-mengejar dan bermain dengan mainan bertali merupakan antara permainan kegemaran untuk berseronok dengan kucing anda di rumah.

Bagaimana untuk bermain dengan kucing tanpa mainan?

Walaupun kucing lebih gemar bermain dengan mainan mereka, mereka juga boleh berseronok tanpa alat-alat mainan. Permainan seperti kejar-mengejar dan sorok-menyorok memang menyeronokkan kucing serta ibu bapanya di samping mengukuhkan ikatan yang lebih mendalam dan amat bernilai.

Kucing suka bermain dengan apa?

Kucing selalunya suka bermain dengan mainan mereka, seperti mainan kunyah catnip, bola baling dan kutip dan juga aplikasi telefon pintar mesra haiwan kesayangan. Anda juga boleh menarik minat si comel anda dengan mainan rekaan sendiri yang mudah seperti alat mainan berbulu dan bertali untuk dikejar oleh mereka!

Apakah yang paling diminati kucing?

Kucing menikmati apa saja yang membuatkan mereka berasa selamat seperti mainan kunyah mereka, alat mainan yang mengandungi catnip, tawaran makanan kucing yang enak dan selimut. Walau bagaimanapun, tiada apa yang lebih menggembirakan anak bulu anda daripada berpelukan dengan ibu bapa manusia mereka dan menghabiskan masa bersama.

Whiskas brand imagery