Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Penjagaan Bulu Kucing

“Adalah lebih baik untuk melatih kucing supaya menjaga bulunya sejak awal lagi” 

Semakin banyak kucing dilatih untuk melakukan perilaku semula jadi mereka, lebih mudah untuk anda memahami serta mesra dengan mereka.

Penjagaan Bulu Kucing Biarkan Mereka Bermain dengan Berus

Kucing mungkin berasa gelisah ketika anda mula-mula memberus mereka. Akan tetapi jika anda membiasakan mereka dengan peralatan berus, ia akan membantu menenangkan mereka dan lambat laun mereka akan terbiasa dengan proses memberus. Gosok selembut mungkin seluruh badan mereka, terutamanya bahagian perut atau bahagian yang payah untuk dijilat, supaya mereka akan lebih tenang.

Penjagaan Bulu Kucing Penjagaan Bulu Kucing

 Mulakan dengan membelai kucing dan teruskan memberus dari kepala ke ekornya sambil berhati-hati dibahagian kepala. Sementara itu, pastikan bulu serta kulit kucing tidak berkutu, pijat, atau parasit. Selepas itu, berus seluruh badannya dan buangkan bulu.

Penjagaan Bulu Kucing Bersihkan Mata dan Telinga

Jika mata kucing kelihatan berair, basahkan kapas dengan menggunakan air suam dan bersihkan mata kucing dan jangan lupa menukar kapas sebelum membersihkan mata sebelah. Bersihkan telinga dengan menggunakan kapas kering. Jika anda melihat tahi telinga berwarna gelap, disarankan untuk membawa kucing ke doktor haiwan.

Penjagaan Bulu Kucing Gigi Sihat

Gigi kucing hendaklah sentiasa bersih dan bebas daripada sisa-sisa makanan. Gusi merah jambu menunjukkan seekor kucing itu sihat. Sebaik-baiknya anda perlu memeriksa mulut mereka supaya mereka terbiasa dengan tabiat ini. 

Penjagaan Bulu Kucing Kuku yang Cantik

Anak kucing suka mencakar untuk menanda kawasannya dan ini merupakan perilaku yang semula jadi bagi membantu mereka memburu. Lebih baik melatih mereka untuk menjaga kuku sejak kecil lagi dan dapatkan pencakar kuku bagi membantunya. Walau bagaimanapun, apabila kucing semakin berusia, anda mungkin perlu memotong kuku mereka. 

Whiskas brand imagery