Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Cara Mengambil Kucing

Kucing amatlah anggun dan hebat, dan boleh menjadi teman yang sempurna. Memiliki anak bulu di rumah memang amat bermanfaat, namun mengambil kucing angkat tidak selalunya mudah, dan melibatkan tanggungjawab tambahan sebagai pembela kucing.

Kucing amatlah anggun dan hebat, dan boleh menjadi teman yang sempurna. Memiliki anak bulu di rumah memang amat bermanfaat, namun mengambil kucing angkat tidak selalunya mudah, dan melibatkan tanggungjawab tambahan sebagai pembela kucing. Jadi, berikut ialah beberapa petua berguna tentang cara menjaga kucing dan bagaimana anda boleh mengambil kucing angkat jika anda sedang merancang untuk memelihara kucing buat kali pertama!

  1. Sebelum membuat keputusan tentang cara-cara mengambil kucing angkat, selamatkan kucing atau menjaga kucing, anda mungkin ingin membiasakan diri dengan meluangkan masa dengan kucing-kucing lain terlebih dahulu. Mengunjungi kafe kucing dan berunding dengan pemilik kucing yang lain boleh membantu anda membuat keputusan yang termaklum mengenai menjadikan kucing liar kucing angkat anda.
  2. Pertimbangkanlah untuk mengambil kucing terbiar sebagai kucing angkat daripada membeli kucing jika anda sedang mempertimbangkan langkah-langkah untuk mencari kucing dan cara untuk selamatkan kucing serta menjaganya. Ini bukan sahaja mengurangkan perbelanjaan anda, tetapi keputusan untuk menjadikan kucing dewasa, anak kucing atau mengambil kucing jalanan sebagai kucing angkat anda akan memberikan rumah baharu yang indah kepada seekor anak bulu yang layak untuk disayangi dan dijaga.

Membawa atau Mengambil Anak Kucing Angkat

Jika anda bercadang untuk membawa pulang atau mengambil anak kucing angkat atau tertanya-tanya tentang langkah-langkah untuk mengambil kucing angkat, terdapat beberapa pertimbangan yang harus diambil kira untuk memastikan bakal anak kucing angkat anda berada di kediaman yang penuh dengan kasih sayang. Oleh itu, berikut adalah beberapa petua yang perlu dipertimbangkan jika anda membawa pulang atau mengambil anak kucing angkat:

Penyesuaian rumah anda untuk kucing

Menutup semua soket elektrik dan menutup penutup tandas merupakan langkah yang bijak sebelum anda mencari anak kucing angkat. Ia juga penting untuk menyimpan bahan kimia berbahaya, seperti detergen daripada capaian kucing anda.

Buat mereka berasa selesa di rumah anda

Beralih ke rumah baharu boleh memberi tekanan kepada kucing muda. Jadi, untuk menenangkan mereka, ianya penting untuk melibatkan diri dalam permainan, atau menawarkan mereka banyak kasih sayang untuk membuatkan mereka berasa seperti di rumah sendiri sebaik sahaja anda merancang untuk mengambil kucing liar atau untuk selamatkan kucing itu.

Hidangkan makanan basah dan kering

Bukan seperti kucing dewasa, anak kucing tidak boleh makan dan mencerna semua jenis makanan. Oleh itu, ianya penting untuk memberi mereka makanan kucing basah dan kering yang sesuai untuk anak kucing yang tersedia di pasaran.

Teruskan periksa kesihatan mereka

Anak kucing mudah terdedah kepada risiko penyakit bawaan perosak dan serangga, alahan dan gangguan makanan. Ini menjadikannya penting untuk berprihatin terhadap kesihatan mereka.

Membawa Pulang atau Mengambil Kucing Angkat Baharu Ke Rumah

Berikan kucing anda sedikit ruang

Tertanya-tanya bagaimana anda boleh mengambil atau mencari kucing angkat? Kucing secara alami adalah haiwan yang berdikari dan pendiam. Oleh itu mereka biasanya lebih suka ruang mereka sendiri di dalam rumah. Memberi kucing anda sedikit ruang ialah cara terbaik untuk memastikan sempadan peribadinya terbela dan pada masa yang sama membuat mereka berasa dihormati dan disayangi.

Selain itu, kucing sering berasa tertekan dan cemas apabila beralih ke persekitaran baharu. Sebaik sahaja anda mencari kucing angkat dan membawanya pulang, berikanlah mereka ruang sendiri. Ia boleh membantu mereka berasa selesa, meredakan kebimbangan mereka dan mengelakkan tekanan tambahan.

Buat mereka berasa selesa seperti di rumah sendiri

Kucing terkenal dengan sifatnya yang lembut dan pendiam. Walau bagaimanapun, kebanyakan kucing tidak bertindak balas dengan baik terhadap perubahan yang mendadak. Beralih ke persekitaran baharu sangat meletihkan bagi kucing. Ia seringkali menyebabkan mereka tertekan dan cemas. Menawarkan mereka ruang sendiri, mengelilingi mereka dengan kasih sayang dan pemberian makanan yang baik adalah penting untuk membuat kucing berasa selesa dan terbela seperti di rumah sendiri.

Lawati doktor haiwan

Jika anda tinggal dalam rumah yang ada beberapa ekor kucing dan merancang untuk membawa pulang kucing baharu, ianya penting untuk menjalankan saringan dengan pakar veterinar terlebih dahulu untuk mengesan sebarang penyakit berjangkit. Penyakit seperti cacing gelang, toksoplasmosis, giardiasis, penyakit calar kucing dan salmonellosis sangat berjangkit, dan boleh merebak dari satu kucing ke kucing yang lain di rumah.

Tambahan pula, mengenai soal bagaimana anda boleh mengambil atau mencari kucing angkat atau bagaimana untuk mengambil kucing terbiar, ia juga penting untuk memastikan bahawa kucing baru anda tidak dijangkiti sebarang penyakit yang memerlukan perhatian dan rawatan khas.

Teruskan memerhati kesihatan mereka

Walaupun kucing dewasa mempunyai daya tahan yang kuat terhadap kebanyakan penyakit kucing, ianya masih penting untuk memerhatikan kesihatan umum mereka, dan memerhatikan simptom yang mungkin menunjukkan sebarang gangguan kesihatan yang mendasari.

  1. Catatkan berat badan dan keadaan badan mereka. Kucing biasanya sering terdedah kepada risiko obesiti yang disebabkan makan berlebihan. Ianya memberi kesan negatif kepada gaya hidup seharian mereka. Berat badan yang rendah juga merupakan tanda kekurangan nutrisi yang perlu diberi perhatian.
  2. Amatlah berfaedah untuk mencatat perangai dan tingkah laku mereka. Ini bukan sahaja boleh memberitahu anda tentang personaliti unik mereka, tetapi juga mengeratkan ikatan si Manja dan anda dengan lebih cepat dan membolehkan anda memahami keperluan harian mereka dengan lebih baik.
  3. Perhatikan tanda-tanda yang boleh dilihat yang mungkin menunjukkan ganguan kesihatan, seperti lesu, loya, kerap muntah dan cirit-birit, senak, dan kesukaran bernafas dan bergerak.

Beralih secara beransur-ansur kepada Makanan Kucing Baharu

Jika anda mengambil kucing liar sebagai kucing angkat, peralihan kepada makanan kucing baharu tidak begitu sukar kerana kucing dewasa mudah mengunyah dan mencerna protein kompleks, dan tidak lagi bergantung kepada susu ibu atau makanan kucing basah sebagai sumber utama protein. Jenama makanan kucing yang di pasaran seperti Whiskas menawarkan rangkaian produk makanan kucing kering dan basah yang direka khas untuk anak kucing pada semua peringkat umur. Tersedia dalam pelbagai tekstur dan perisa, makanan kucing dari Whiskas mengandungi semua nutrisi yang diperlukan, dan disediakan daripada bahan-bahan segar untuk memastikan bayi bulu anda sentiasa cukup makan dan sihat.

Walaubagaimanapun, anda mungkin akan mengalami kesukaran jika anda ingin mengambil anak kucing. Ini kerana sewaktu tumbesarannya, anak kucing bergantung kepada pelbagai nutrisi untuk membolehkan mereka kekal cergas dan selamat, serta menggalakkan pertumbuhan pantas. Walaupun anak kucing bergantung sepenuhnya pada susu ibunya, anak kucing yang telah mula tumbuh gigi boleh bertukar secara beransur-ansur kepada makanan kucing pepejal apabila mereka semakin besar. Jika anda secara beransur mengalihkan anak kucing angkat anda kepada makanan kucing, ianya lebih baik untuk memulakan dengan makanan kucing basah dari Whiskas kerana ia lebih mudah untuk dikunyah dan sesuai untuk perut anak kucing.

Senarai Semak Pengambilan Kucing Angkat

Jika anda ingin mengambil kucing angkat, mencari kucing atau membawa pulang kucing baharu, berikut adalah beberapa soalan yang harus ditanyakan diri sebelum anda meneruskan pengambilan kucing angkat:

Adakah anda bersedia untuk tanggungjawab jangka panjang?

Mengambil anak kucing angkat dan membawa pulang kucing melibatkan beberapa tanggungjawab baru. Oleh itu, sebelum anda mengambil anak kucing angkat atau mengambil kucing jalanan, ialah penting untuk memastikan anda bersedia untuk komitmen jangka panjang.

Adakah anda mempunyai alahan?

Sebelum anda membawa pulang kucing dari pusat pengambilan kucing terbiar, jalankan saringan untuk diri anda berkenaan alahan kucing. Alergen dalam bulu kucing dan sel kulit boleh mencetuskan tindak balas alahan pada sesetengah manusia dan boleh menyebabkan batuk, bersin, ruam, gatal-gatal, mata berair atau gatal.

Sudahkah anda mempertimbangkan kosnya?

Pertimbangan yang harus dilakukan sebelum mengambil anak angkat dari pusat pengambilan kucing terbiar, merangkumi perbelanjaan sara hidup. Membawa pulang kucing dari pusat pengambilan kucing boleh menyebabkan perbelanjaan tambahan untuk kesihatan umum, mainan, makanan mereka dan sebagainya.

Bolehkah anda meluangkan masa dengan kucing anda?

Walaupun kucing angkat dan kucing yang diberi secara percuma terkenal dengan sifat berdikari dan masa peribadi mereka, apa yang kucing mahukan lebih dari segalanya adalah perhatian manusianya. Jadi, jika anda bercadang untuk mengambil kucing angkat percuma, bersedialah untuk meluangkan masa yang mencukupi dengan anak bulu anda.

Di manakah anda akan menempatkan anak bulu anda semasa bercuti?

Mungkin anda pernah tertanya-tanya, apakah cara mengambil kucing angkat? Walaupun kucing yang diiklankan dan kucing angkat yang diberi secara percuma boleh dibiarkan bersendirian di rumah selama beberapa jam, ianya penting untuk membuat pengaturan jika anda akan melancong untuk tempoh yang lebih lama. Cari dan lantik penjaga atau pusat pengasuhan haiwan untuk memastikan si Comel anda dijaga semasa ketiadaan anda.

Soalan Lazim

Apakah jangka masa yang diperlukan kucing angkat untuk berasa selesa?

Berikan anak kucing anda sekurang-kurangnya tiga hari untuk menyesuaikan diri dengan rumah barunya. Sesetengah kucing mungkin mengambil masa yang lebih lama, tetapi anda tidak perlulah bimbang selagi mereka makan, minum, dan menggunakan kotak pasirnya.

Apakah perkara pertama yang perlu dilakukan apabila anda membawa pulang kucing?

  1. Pastikan mereka mempunyai tempat yang selamat dan selesa di mana mereka boleh bersembunyi atau berteduh.
  2. Pastikan mereka mempunyai air dan makanan yang secukupnya serta kotak pasir yang bersih dan sedia untuk digunakan.
  3. Singgahlah di tempat selamat mereka dengan kerap supaya mereka dapat biasakan diri mereka dengan kehadiran anda.
  4. Beri mereka kelapangan dan masa serta biarkan mereka mendekati anda.
  5. Jika anda cuba memegang atau memeluknya dengan erat atau kuat, anda mungkin akan menyebabkannya berasa resah.
  6. Gunakan mainan untuk menarik perhatian mereka supaya mereka akan selesa dengan anda.

Apakah ia selamat untuk memberi kucing makanan basah setiap hari?

Ya. Malah, memberi kucing anda makanan basah setiap hari bersama-sama dengan makanan kering akan memastikan mereka kekal terhidrasi kerana makanan kucing basah mengandungi air yang secukupnya.

Apakah yang perlu saya hidangkan kepada kucing angkat saya?

Anda boleh memberi kucing angkat anda sebarang makanan kucing yang terdapat di pasaran. Pastikan makanan kucing yang dipilih itu mempunyai jumlah nutrien yang diperlukan oleh kucing kesayangan anda.

Adakah makanan dan air kucing harus diasingkan?

Ya, ianya lebih baik untuk menyimpan makanan kucing dan mangkuk air mereka di dua lokasi berbeza kerana kucing tidak suka bau makanan atau cebisan-cebisan makanan terapung di dalam air mereka.

Whiskas brand imagery