Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Semburan Air Kencing Kucing: Mengapa Kucing Membuat Semburan Air Kencing

Adakalanya, kesan air kencing boleh menjadi petanda bahawa anak kucing anda berasa tidak selamat, mungkin ia merasakan kawasannya terancam. 

Pemahaman Mengenai Semburan Kencing Kucing

Oleh kerana kucing tersangat comel, pintar dan sungguh ekspresif, ianya merupakan antara haiwan peliharaan rumah yang terbaik. Walaupun ianya boleh berkelakuan nakal dan kerap terlibat dalam pelbagai muslihat seperti kucing itu kencing di atas tilam atau mencalar perabot dan menjatuhkan barang-barang dari meja, ia amatlah penting untuk beringat bahawa mereka tidak mempunyai niat untuk mencederakan sesiapa. Malah, penandaan melalui kencing ataupun semburan kencing kucing jantan, adalah satu tindakbalas naluri kucing yang membolehkannya untuk menanda kawasannya dan untuk menarik perhatian pasangannya.

Sebab- Sebab Penandaan Kucing

Kucing selalu bergantung kepada bunyi vokal dan isyarat badannya sebagai bentuk komunikasi dengan kucing yang lain dan juga dengan manusia kesukaannya. Jadi, kenapa kucing kencing merata? Semburan kencing kucing adalah bentuk komunikasi yang penting di antara golongon kucing kerana ia boleh mengandungi beberapa maksud yang ingin disampaikannya. Di hutan, kucing menyembur kencingnya untuk menandakan tuntutan kawasannya kepada kucing lain dan sikap itu telah menetap dengan kucing peliharaan juga.

Teruskan membaca untuk mengetahui sebab-sebab kenapa kucing kencing merata rumah, dan bagaimana untuk tidak membiarkan kucing kencing di merata tempat atau bagaimana untuk menghilangkan bau kuat semburan kencing kucing.

Kenapa kucing menyembur kencingnya?

  • Semburan Kucing Sebagai Komunikasi Dalam Kediaman

    Pernah terfikir kenapa kucing kencing merata tempat? Kucing yang tinggal di dalam rumah mempunyai kehidupan yang lebih terlindung dan selamat. Namun, disebabkan kecenderungannya untuk bersendirian dan berdikari, kucing sering memerlukan ruangnya sendiri sebagai cara untuk mempertahankan dirinya daripada penceroboh. Tingkah laku komunikasi didalam rumah ini dapat diperhatikan di dalam rumah yang mempunyai berbilang kucing. Kucing rumah juga sering menyembur untuk memberitahu tuannya tentang masalah bekas pasirnya.

  • Semburan Kucing Sebagai Komunikasi Diluar Rumah

    Di kawasan hutan, kucing yang hidup di tempat terbuka menggunakan semburan kencing sebagai komunikasi antara kucing. Ini dapat diperhatikan terutamanya di kawasan memburu kucing dimana bau kuat kencingnya akan menghalau pemangsa dan golongan kucing yang bersaing dengannya. Semburan kencing membolehkan kucing menuntut sesebuah kawasan itu daripada pesaing luar. Jika kucing yang tinggal di kawasan terbuka menggunakan kencingnnya sebagai penanda untuk mempertahankan kawasannya daripada penceroboh, ciri-ciri semulajadi kucing di dalam rumah pula menggunakan semburan kencing untuk menubuh dan perkukuhkan kawasannya

  • Semburan Kencing Akibat Tekanan

    Jika anda pernah menjadi ibubapa kepada kucing, anda haruslah sedar bahawa anak bulu gebu ini tidak begitu selesa apabila timbulnya perubahan pada persekitarannya. Oleh itu, kalau anda tertanya -tanya kenapa kucing kencing merata, semburan kencing akibat tekanan satu kebiasaan bagi kucing yang berasa cemas. Bau yang kuat dari kencing mengkukuhkan tuntutannya atas kawasan tersebut, sambil mengelirukan sebarang ancaman.

Membezakan Antara Semburan Kencing Berbanding Kencing Diluar Bekas Pasir

Walaupun kencing itu sesuatu tindakan semulajadi yang melibatkan anak kucing comel anda melegakan dirinya di bekas pasir atau tempat yang disediakan, semburan kencing kucing adalah satu tindakan yang bertujuan membentuk komunikasi antara golongan kucing. Komunikasi ini mengandungi beberapa maksud yang ingin dinyatakannya. Tambahan pula,semburan kencing kucing adalah untuk menanda kawasannya, jadi kebanyakkan kucing menyembur kencingnya diluar bekas najisnya. Bagaimanapun, jika kucing anda kerap kencing diluar bekas najis, ia mungkin petanda bahawa kucing anda kurang puas dengan bekas najisnya atau ia mungkin petanda mengenai kesihatannya yang ia ingin anda ambil tahu. Anak kucing yang belum pernah di latih untuk menggunakan bekas pasir mungkin juga akan kencing diluar bekas pasir, menjadikannya satu kepentingan untuk anda mengetahui bagaimana untuk tidak membiarkan kucing kencing di merata tempat atau bagaimana mengatasi kucing kencing merata tempat.

Bagaimana Untuk Mengelakkan Semburan Kencing Kucing?

Meskipun semburan kencing kucing tidak berbahaya, ia tetap meninggalkan bau kencing yang busuk disebabkan oleh kandungan ammonianya. Tambahan pula, kesan kotor semburan kencing kucing, amat sukar untuk ditanggalkan dari dinding atau perabot, maka ianya penting untuk ketahui bagaimana anda dapat menghentikan anak bulu anda daripada menyembur kencingnya:

  • Oleh kerana semburan kencing merupakan satu kebiasaan bagi kucing yang belum dimandulkan, pemandulan atau kebiri merupakan penyelesaian jangka masa panjang untuk mengelakkan semburan kencing kucing.
  • Semburan kencing juga disebabkan kucing tidak puas dengan keadaan bekas pasirnya. Terutamanya di rumahtangga yang mempunyai beberapa kucing, ia adalah penting untuk memastikan setiap kucing mempunyai bekas najisnya sendiri. Meletakkan bekas pasir dimana kucing sering menyembur dapat membantu mengelakkan semburan kencing kucing dan juga menghindari kucing kencing merata.
  • Kucing juga menyembur apabila bekas najisnya penuh. Cuba kosongkan bekas najisnya sekurang-kurangnya sekali sehari untuk memastikan ianya bersih dan sedia digunakan. Apabila anda mengetahui bagaimana untuk tidak membiarkan kucing kencing di merata tempat atau bagaimana dapat menghindari kucing kencing merata, anda juga dapat mengelakkan anak kucing anda daripada kencing di luar bekasnya atau daripada anak kucing itu kencing di atas tilam.
  • Feromon sintetik kucing yang dapat diperoleh di pasaran juga berkesan menghindari kucing jantan daripada menyembur kencingnya di tempat yang sudahpun disembur feromon.

Bagaimana Untuk Menghilangkan Bau Semburan Kucing?

Semburan kencing kucing mempunyai bau kuat tertentu yang menggusarkan jika tidak dibersihkan. Oleh itu, ianya penting untuk mengetahui cara membersihkan air kencing kucing di atas tilam atau bagaimana menghilangkan bau semburan kencing kucing sebelum ianya bertambah teruk:

  • Bahan pencuci yang mengandungi enzim dapat diperoleh di kedai haiwan peliharaan ataupun di talian internet dan dapat digunakan untuk mencuci secara teliti tempat yang disembur kencing. Oleh kerana bahan pencuci ini direka khas untuk menghapuskan bau busuk haiwan peliharaan, ianya dapat menghilangkan bau semburan kencing kucing di dalam rumah dan mengelakkan kesan kotor apabila kucing kencing merata.
  • Bau kencing kucing jika tidak dibersihkan akan bertambah teruk dan berbau kuat jika dibiarkan di dalam bilik yang kurang pengudaraan. Membuka pintu, tingkap dan bidai membolehkan peredaran udara, sambil menghilangkan bau kuat itu secara perlahan-lahan.
  • Pembersihan dengan larutan cuka dan asid sitrik seperti limau atau limau nipis boleh menyejat bau asid urik dalam air kencing kucing, lalu mengelakkannya daripada bertambah teruk. Elakkan penggunaan pembersih berasaskan ammonia kerana ia boleh menggalakkan kucing menyembur semula.

Kucing Manakah Yang Lebih Cenderung Untuk Meninggalkan Kesan Air Kencing?

Walaupun kucing mempunyai gelagat lucu dan comel pada kebanyakan masa, penyemburan kencing, terutamanya apabila dilakukan oleh kucing dalam rumah, boleh membawa kesan buruk kepada isi rumah. Kesan kotor semburan kucing bukan sahaja degil dan sukar ditanggalkan, malah semburan kencing kucing juga mempunyai bau kuat yang tertentu yang boleh menjadi lebih teruk jika dibiarkan tanpa dibersihkan. Selain itu, ia juga mengandungi peratusan ammonia yang tinggi, yang boleh menyebabkan pernafasan terganggu. Walaupun ianya menjengkelkan, ia juga penting untuk memahami bahawa penyemburan kucing adalah proses semula jadi, dan tidak dilakukan dengan niat yang buruk. Jadi, sebelum anda melatih kucing anda untuk mengelakkan semburan, adalah penting untuk memahami mengapa kucing anda menyembur dan kucing mana yang lebih cenderung untuk menyembur air kencing.

  • Kucing di rumah yang mempunyai berbilang ekor kucing lagi akan mempertahankan kawasannya, dan untuk menanda tempat tertentunya, ia mungkin akan menggunakan cara semburan air kencing.
  • Semburan kucing mempunyai kepekatan feromon, yang membolehkan rakan kucing kita itu, memikat pasangannya. Kucing yang tidak dikebiri (betina dan jantan) dalam keadaan biang atau sewaktu ingin mengawan juga menggunakan penyemburan kucing betina untuk menunjukkan ketersediaan untuk mengawan.
  • Jika anda telah berpindah ke taman baharu, kucing anda mungkin akan mula menyembur kencing akibat tekanan dan rasa cemas untuk mengelakkan ancaman yang dirasakannya.
  • Walaupun kucing amat mesra dan penyayang antara satu sama lain, mereka tidak asing dengan konflik yang semakin meningkat antara dua atau lebih kucing dalam rumah yang berbilang kucing. Ini boleh menyebabkan kucing menyembur kencing, sebagai amaran kepada lawan mereka.

Mengatasi Isu Penyemburan atau Penandaan

Memandangkan anda tahu bahawa semburan kencing kucing adalah sifat dan naluri semula jadinya, yang dinyatakan di bawah ialah beberapa cara yang boleh membantu anda mengatasi kucing kencing merata, semburan kencing atau masalah menanda kawasannya tanpa menghukum kucing anda:

  • Semburan kucing betina adalah tingkah laku yang jelas ternyata pada kucing yang ingin mengawan, kerana ia membolehkan mereka memikat bakal pasangan mereka. Jadi, memandulkan atau mengebiri rakan kucing anda boleh menjadi keputusan yang bijak. Ia bukan sahaja penyelesaian yang berkesan untuk penyemburan air kencing kucing, tetapi juga bermanfaat untuk kucing kerana ia menghapuskan risiko kanser ovari dan tumor kelenjar susu dalam kucing. Kucing yang dimandulkan atau dikebiri juga lebih tenang dan berkelakuan baik daripada kucing yang tidak.
  • Jika kucing anda menyembur kerana ingin pertahankan kawasannya, menutup pintu dan tingkap boleh membantu menenangkan mereka, kerana ia menghalang sebarang gaulan dengan kucing setaman.
  • Kucing itu kencing di atas tilam? Jika anda mengesyaki semburan kucing anda berpunca daripada tekanan, membawa mereka ke tempat yang selamat dari persekitaran yang tertekan boleh membantu mereka tenang dan berhenti menyembur atau anak kucing kencing di atas katil.

Ubatan untuk Merawat Masalah Semburan Kucing

Jika kucing anda kerap menyembur air kencing, doktor haiwan anda mungkin mengesyorkan ubat tanpa preskripsi seperti Fluoxetine atau Clomipramine, yang diketahui mempunyai keberkesanan lebih 90% dalam kucing yang menyembur air kencing.

Soalan Lazim

 

Kenapa kucing saya menyembur kencingnya?

Kucing diketahui menyembur kencingnya oleh kerana beberapa sebab, seperti untuk menandakan kawasan mereka, menghalau pemangsa lain, atau memikat pasangan yang berpotensi apabila mereka ingin mengawan. Kucing yang mengalami tekanan dan berasa cemas akan menyembur air kencingnya juga.

Adakah semburan kucing sama dengan kencing?

Ibu bapa kucing sering tertanya-tanya, kenapa kucing kencing merata? Bertentangan dengan kepercayaan umum, kucing kencing dan menyembur adalah tidak sama. Walaupun kucing kencing melibatkan si manja anda melegakan dirinya, semburan kencing kucing lebih bertujuan untuk menyatakan perkara tertentu seperti menandakan kawasannya.

Bagaimanakah cara untuk menghentikan penyemburan kencing kucing?

Memandangkan penyemburan kucing jantan kebanyakannya dikaitkan dengan kucing yang tidak dikebiri yand ingin mencari pasangan sewaktu biang, pilihan jangka masa panjang yang boleh dipertimbangkan adalah untuk memandulkan kucing anda atau kebirikannya. Selain itu, doktor haiwan boleh mengesyorkan ubat-ubatan seperti Fluoxetine atau Clomipramine yang mempunyai kadar kejayaan yang tinggi sebagai langkah bagaimana untuk tidak membiarkan kucing kencing di merata tempat.

Adakah kucing menyembur ketika gembira?

Walaupun wujudnya beberapa konotasi mengenai semburan kencing kucing, ia tidak semestinya berkaitan dengan kebahagiaan kucing itu. Semburan air kencing kucing atau kucing itu kencing di atas tilam biasanya berkaitan dengan penandaan kawasannya, menghalau pemangsa dan memikat pasangan yang berpotensi sewaktu biang atau ingin mengawan.

Apakah semburan kencing dan penandaan kucing?

Semburan kucing jantan dianggap sebagai bahagian penting dalam komunikasi kucing. Walaupun kebanyakan kucing yang tinggal di kawasan terbuka menyembur untuk menandakan kawasannya, menyembur kencing bagi kucing rumah lebih berkaitan dengan naluri semulajadinya. Semburan kucing betina dan menanda melalui semburan kencing bertujuan untuk memikat pasangan.

Whiskas brand imagery