Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Kucing Burma

Kucing Burma

Walaupun secara umumnya kucing dikenali sebagai haiwan yang pendiam dan menghargai ruang peribadi mereka, namun mereka juga sangat penyayang dan suka bermain. Jika anda sebagai penggemar kucing, inginkan seekor kucing yang bertenaga dan mesra untuk dijadikan sebahagian daripada keluarga anda, kucing Burma yang mesra mungkin adalah pilihan terbaik anda! Terkenal dengan sifat bergaul mereka dan hampir "seperti anjing", kucing Burma juga terkenal dengan sejarahnya yang kaya.

Berasal dari negara Myanmar, rujukan pertama kepada kucing Burma boleh dikesan kembali ke teks abad ke-14, "The Cat-Book Poems." Sebaik sahaja pembiakan kucing Burma menjadi popular pada awal Abad ke-20, si Comel ini menuntut kemasyhuran di seluruh dunia. Sebelum anda membuat keputusan untuk menjadikan kucing Burma sebagai kucing peliharaan anda, bacalah maklumat di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri-ciri yang menjadikan kucing Burma teman yang sepadan dengan anda.

Petunjuk Utama:

  1. Berat - 8 hingga 12 paun
  2. Tinggi - 8 hingga 10 inci
  3. Jangka hayat - 10 hingga 12 tahun 
  4. Kot – Pendek dan licin

Kedudukan:

  1. Kemesraan ⭐⭐⭐⭐⭐
  2. Keupayaan untuk menyesuaikan diri ⭐⭐⭐⭐⭐
  3. Tingkah laku terhadap haiwan peliharaan lain ⭐⭐⭐⭐
  4. Tingkah laku terhadap manusia ⭐⭐⭐⭐
  5. Suka Bermain⭐⭐⭐⭐⭐
  6. Kecenderungan kepada obesiti ⭐
  7. Kesihatan keseluruhan ⭐⭐⭐⭐
  8. Jangka hayat ⭐⭐⭐⭐
  9. Mudah dilatih ⭐⭐⭐
  10. Dinasihatkan untuk pemilik kali pertama ⭐⭐⭐

Satu bintang = rendah / buruk 
Lima bintang = tinggi/baik

Penampilan fizikal

Walaupun kucing Burma yang penuh tenaga dan mesra bergaul sangat menyerupai sepupu mereka, kucing Siam yang anggun, ianya mempunyai ciri-ciri yang menjadikan perbezaan di antara mereka begitu nyata. Wajahnya yang besar dan bulat mudah dikenali berbanding dengan kucing Siam. Begitu juga dengan matanya yang besar dan berbentuk badam, membuatkan penampilan kucing Burma kelihatan lebih ekspresif dan penyayang. Ciri-ciri lain baka kucing Burma yang tersendiri adalah bulunya yang pendek dan rapi. Ia jarang gugur, dan terdapat dalam warna seperti biru, coklat, kelabu, sable, tembaga, perak, dan lilac.

Kucing Burma dan anak kucing Burma dikurniakan dengan tubuh badan yang sederhana tetapi berotot yang sepadan dengan kelakuannya yang aktif dan suka bermain. Walaupun kucing Burma jantan seringkali mempunyai rangka badan yang lebih besar, bertumbuh dari 8 inci hingga 10 inci, dan boleh mencapai berat sehingga 12 paun, kucing Burma betina biasanya lebih kecil dan lebih licin, dengan berat purata 7 paun hingga 9 paun. Binaan kucing Burma yang kuat dan kukuh membolehkan mereka mendaki tempat-tempat tinggi dengan mudah dan meneruskan pengembaraan setiap hari tanpa berpeluh.

Kesihatan

Tiada pemilik kucing Burma yang mahu melihat si comel mereka dalam sebarang kesulitan.Pemilik kucing Burma semestinya ingin memastikan semua jenis langkah berkaitan dengan kesihatan si Manja mereka dipertimbangkan terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, kucing Burma adalah baka yang secara umumnya mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap penyakit -penyakit atau gangguan kesihatan yang biasa menimpa kucing. Walau bagaimanapun, perhatian harus diberikan kepada risiko-risiko Kesihatan yang khususnya berkaitkan dengan baka kucing tulen, seperti kucing Burma. Diantara gangguan kesihatan yang sering dikaitkan dengan kucing Burma, berikut adalah yang lebih kerap:

Diabetes Mellitus

Diabetes Mellitus dimana kuantiti gula dalam darah adalah tinggi, ialah keadaan yang diwarisi secara genetik daripada kucing Burma dewasa kepada anak kucing Burma, dan selalunya boleh membawa kepada gangguan kesihatan yang ketara. Akibatnya, kucing Burma perlu disemak oleh doktor haiwan sekurang-kurangnya sekali setahun untuk memastikan mereka tidak mengalami sebarang penyakit diabetes.

Polimiopati hipokalaemik

Kucing Burma juga terdedah kepada polimiopati Hipokalaemik, atau kekurangan kalium dalam darah, dan si comel Burma anda mesti diperiksa oleh doktor haiwan dari masa ke semasa.

Selain itu, sebarang gejala luar biasa, seperti cirit-birit atau muntah yang kerap, hilang selera makan, loya, kesesakan nafas, atau perubahan mendadak dalam perangai kucing Burma tidak boleh diabaikan. Jika anda mengesyaki sebarang tanda-tanda gangguan kesihatan mengenai kucing Burma anda, rujuk doktor haiwan berhampiran anda sebelum situasi kucing Burma anda meningkat.

Dandanan

Bulu kucing Burma yang pendek dan anggun bukan sahaja hipoalergenik, tetapi juga jarang gugur, menjadikan proses penjagaan dan pembersihan mudah untuk pembela baka kucing Burma atau anak kucing Burma. Selain daripada penyelenggaraan yang rendah dalam hal dandanan, baka kucing Burma sangat gemar bermain air, menjadikan masa mandi mereka benar-benar menyeronokkan!

Walaupun kucing Burma adalah pedandan semulajadi yang hebat, baka kucing Burma suka bermain dan melakukan pengembaraan di luar, jadi mereka harus dimandikan sekurang-kurangnya sekali setiap bulan dengan syampu sesuai baka kucing Burma untuk menghilangkan kotoran, serpihan dan gumpalan minyak yang mungkin terperangkap di bawah bulunya. Sebahagian daripada dandanan baka kucing Burma termasuklah menyikat kotnya sekali seminggu, penjagaan gigi, memotong kuku serta membersihkan telinga mereka.

Bermain-main

Jika anda bercadang untuk membawa pulang baka kucing Burma atau anak kucing Burma, bersedialah untuk terpesona! Perangai kucing Burma yang ingin tahu dan penyayang menjadikannya salah satu baka kucing yang paling suka bermain dan yang sungguh ceria. Selain perangai kucing Burma yang mesra dan lembut, baka kucing Burma dan anak kucing Burma mesra bergaul dan cepat berkawan sewaktu bermain permainan seperti petak umpet atau baling dan kutip semula. Kucing Burma dan anak kucing Burma juga amat cerdik dan menggemari mainan dan teka-teki interaktif.

Soalan Lazim

Adakah kucing Burma mudah bergaul dengan haiwan peliharaan lain?

Dikenali untuk sifat yang manis dan lembut, baka kucing Burma sangat penyayang dan suka bermain, serta mudah bergaul dengan haiwan peliharaan lain. Perangai mereka yang mudah mesra dan penyayang menjadikan kucing Burma sesuai untuk isi rumah berbilang haiwan peliharaan.

Adakah kucing Burma mesra?

Kucing Burma adalah salah satu baka kucing yang paling suka bergaul, dan perangai mereka yang ceria membolehkan kucing Burma membuat ikatan yang erat dengan pemilik baka kucing Burma mereka. Kucing Burma dan anak kucing Burma juga suka meringkuk dan dimanjakan.

Apakah jangka hayat kucing Burma?

Kucing Burma ialah baka yang kukuh dan menikmati jangka hayat yang sederhana antara 10 hingga 12 tahun. Walaupun kucing Burma sering menghadapi risiko penyakit yang diwarisi secara genetik, baka kucing Burma boleh hidup lebih lama dengan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

Adakah kucing Burma mudah diurus?

Bulu kucing Burma yang pendek dan licin jarang gugur, menjadikannya lebih mudah untuk diurus. Walaupun kucing Burma kebanyakannya hypoallergenic, ianya masih penting untuk memandikan mereka sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk menghilangkan kotoran.

Adakah kucing Burma suka mandi?

Tidak seperti kebanyakan baka kucing secara umumnya yang berkongsi keengganan terhadap air, kucing Burma kebanyakannya terpesona dengan air dan jarang melepaskan peluang untuk bermain air. Ini memudahkan pembela baka kucing Burma untuk memandikan mereka setiap bulan.

Whiskas brand imagery