Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Devon Rex

Devon Rex

Walaupun ia merupakan baka kontemporari, baka Devon Rex dengan mudahnya menjadi terkenal dan telah dianugerahkan status selebriti. Ini disebabkan oleh perangai baka Devon Rex yang mempersonakan. Berasal pada tahun 1960-an di Devonshire, England, baka Devon Rex mempunyai sikap yang suka bermain dengan gelagat-gelagat yang akan menarik perhatian anda dalam masa yang singkat! Selain menyukai keseronokan, baka Devon Rex sangat penyayang dan mudah bergaul serta boleh mewujudkan ikatan yang erat dengan ibu bapa kucing mereka.

Kucing Devon Rex telah memenangi hati ramai dengan perangainya yang menawan dan gelagat nakal, menjadikan mereka teman yang sempurna jika anda ingin mengambil kucing dengan perangai yang menawan, yang ingin tahu dan aktif. Sebagai salah satu baka kucing yang paling menyeronokkan dan pintar, kucing Devon Rex di rumah akan membuatkan anda terhibur sepanjang masa.

Petunjuk Utama

  1. Berat: Kucing Devon Rex bersaiz sederhana biasanya mempunyai berat 2.5 hingga 4 kg.
  2. Ketinggian: Kucing Devon Rex mempunyai ketinggian kecil hingga sederhana antara 10 hingga 12 inci.
  3. Jangka hayat: Kucing Devon Rex menikmati jangka hayat purata antara 9 hingga 15 tahun.
  4. Kot: Kucing Devon Rex mempunyai bulu lembut, pendek dan kerinting dengan tekstur baldu.

Penilaian:

  1. Kemesraan – ⭐⭐⭐⭐⭐
  2. Keupayaan untuk menyesuaikan diri – ⭐⭐⭐⭐⭐
  3. Tingkah laku terhadap haiwan peliharaan lain – ⭐⭐⭐⭐⭐
  4. Keceriaan – ⭐⭐⭐⭐⭐
  5. Kecenderungan kepada obesiti – ⭐⭐
  6. Kesihatan keseluruhan - ⭐⭐⭐⭐⭐
  7. Jangka hayat – ⭐⭐⭐⭐⭐
  8. Mudah dilatih – ⭐⭐⭐⭐⭐
  9. Digalakkan untuk pemilik kali pertama – ⭐⭐⭐⭐⭐

Satu bintang = rendah/buruk

Lima bintang = tinggi/baik

Penampilan fizikal

Baka Devon Rex yang mengasyikkan, seperti kucing Cornish Rex, mempunyai penampilan fizikal yang unik yang membezakannya daripada baka-baka kucing lain. Kucing dan anak kucing Devon Rex diraikan secara meluas kerana penampilan mereka yang anggun, terdiri daripada kot yang lembut dan kerinting. Tidak seperti baka Cornish Rex, kucing Devon Rex mempunyai bulu yang lebih panjang dengan tekstur lembut dan baldu. Kucing Devon Rex terdapat dalam pelbagai warna dan corak bulu, termasuk tortoiseshell, clouded, warna pejal, dwi-warna dan tabby.

Sepadan dengan sifatnya yang cergas dan suka bermain, kucing Devon Rex dikurniakan bentuk tubuh yang langsing, atletik dengan kaki panjang yang menjadikan mereka tangkas dan lincah. Bermula dari struktur tubuh yang kecil hingga sederhana, kucing Devon Rex mempunyai ekor yang panjang, langsing dan tirus. Dan sebagai salah satu ciri yang berbeza, kucing Devon Rex dan anak kucingnya mempunyai muka segi tiga dengan telinga besar seperti kelawar, tulang pipi yang tinggi dan mata yang besar dan ekspresif.

Kesihatan

Walaupun baka Devon Rex, adalah baka kucing silsilah atau pedigri dan menunjukkan daya tahan yang kuat terhadap gangguan kesihatan kucing biasa, ia tidaklah kebal sepenuhnya terhadap masalah kesihatan yang mempengaruhi kucing secara umum. Dan sebagai ibubapa baka Devon Rex yang bertanggungjawab, ianya penting untuk memerhatikan simptom-simptom yang mungkin petanda gangguan kesihatan yang mendasari kucing atau anak kucing Devon Rex anda. Teruskan membaca untuk mengetahui tentang gangguan kesihatan umum yang mempengaruhi baka Devon Rex.

  • Isu Pernafasan:

    Baka Devon Rex mempunyai ciri ciri dada yang sempit dan struktur tulang yang halus, yang meningkatkan kemungkinan asma dan bronkitis pada kucing dan anak kucing Devon Rex.

  • Keadaan Jantung:

    Kardiomiopati Hipertropik ialah penyakit jantung yang kerap menjejaskan baka Devon Rex dan memerlukan pemeriksaan yang kerap untuk pengesanan dan rawatan yang sewajarnya.

  • Penyakit Kulit:

    Bulu kerinting baka Devon Rex kerap memerangkap habuk, serpihan dan kotoran, dan ini menggalakkan serangan bakteria dan risiko penyakit kulit.

  • Masalah Pergigian:

    Kucing Devon Rex yang bertulang halus juga mengalami masalah pergigian sekali-sekala yang boleh dielakkan dengan penjagaan yang teratur dan kebersihan gigi yang rapi.

Untuk memastikan kucing Devon Rex anda dapat menjalani kehidupan yang bahagia dan sihat, keprihatinan anda mengenai kesejahteraan dan kesihatan keseluruhan baka Devon Rex adalah cara terbaik! Selain membawa kucing Devon Rex ke pemeriksaan veterinar dari masa ke semasa, menyediakan si comel anda dengan diet yang sihat dan senaman yang mencukupi adalah penting. Ia juga haruslah diiringi dengan curahan kasih saying yang tak kesudahan ke atas bayi bulu Devon Rex anda.

Dandanan

Kucing Devon Rex dan anak kucing Devon Rex memerlukan perhatian khusus semasa dandanan kerana bulu unik baka Devon Rex sering kali terdapat kotoran dan serpihan didalamnya. Perangai kucing Devon Rex yang lembut dan penyayang menjadikan sesi dandanan agak mudah. Selain itu, baka Devon Rex perlu kerap disikat dan dimandikan.

Bermain

Jika anda merancang untuk menjadikan baka Devon Rex sebagai kucing angkat anda, meluangkan masa dan berkongsi kediaman dan hidup dengan Devon Rex boleh menjadi pengalaman yang sangat bermanfaat. Perangai kucing Devon Rex yang penyayang dan suka bermain sudah tentu akan menyenangkan dan menghiburkan hati anda. Badan mereka yang langsing dan cergas memang sepadan dengan sikap Devon Rex yang suka permainan kejar-mengejar, serta sorok menyorok. Kucing Devon Rex yang pintar dan bersikap ingin tahu, menjadikannya mudah untuk dihiburkan dengan mainan interaktif.

Soalan Lazim Devon Rex

Apakah kucing Devon Rex bergaul dengan haiwan peliharaan lain?

Ya, kucing dan anak kucing Devon Rex sangat penyayang dan mudah bergaul. Memandangkan perangai Devon Rex yang ceria dan ekstrovert, ianya sangat sesuai untuk rumah dengan pelbagai haiwan peliharaan. Sifat penyayang dan suka bermain baka Devon Rex menjadikannya lebih mudah bagi mereka untuk mudah bergaul dengan haiwan peliharaan lain.

Apakah kucing Devon Rex mesra?

Dikenali secara meluas dengan sifat nakal mereka dan amat bertenaga, baka Devon Rex sangat mesra dan penyayang, membolehkan mereka mewujudkan ikatan yang erat dengan ibu bapa peliharaan mereka seumur hidup. PerangaiDevon Rex yang suka bergaul juga membolehkan mereka berkawan dengan kanak-kanak dan pelawat baharu dengan mudah.

Apakah jangka hayat Devon Rex?

Baka Devon Rex ialah baka kucing yang mempunyai daya tahan yang kukuh, dan jika tiada sebarang penyakit parah, boleh menjalani jangka hayat yang sihat antara 9 hingga 15 tahun. Baka Devon Rex dan anak kucing Devon Rex memerlukan pemeriksaan kesihatan yang kerap, dan dengan senaman dan pemakanan yang mencukupi, boleh terus hidup lebih lama.

Apakah kucing Devon Rex mudah diurus?

Bulu kucing baka Devon Rex yang kerinting mungkin kelihatan mencabar kepada ibu bapa kucing baharu, tetapi kucing Devon Rex adalah pendandan semulajadi yang sangat baik. Tambahan pula apabila ianya diiringi dengan perangai baka Devon Rex yang lembut dan bertolak ansur, dandanan baka kucing ini terbukti lebih mudah. daripada yang disangkakan.

Apakah kucing Devon Rex suka mandi?

Ya, senakal-nakalnya kucing Devon Rex, mereka ternyata berkongsi perhubungan yang menarik dengan air. Dan tidak seperti kebanyakan kucing yang mengelak mandi, baka Devon Rex suka merenjis air di lopak-lopak air, dan menikmati mandi santai dari masa ke semasa.

Whiskas brand imagery