Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Penyakit Telinga Kucing

Jangkitan Telinga Pada Kucing

Jangkitan telinga memanglah satu kebiasaan antara kucing, dan disebabkan oleh beberapa punca. Masalah telinga, seperti jangkitan pada umumnya tidak berbahaya, malah ia masih boleh menyebabkan ketidakselesaan yang ketara dan haruslah dirawat dengan sewajarnya.

Punca Jangkitan Telinga pada Kucing

Beberapa punca jangkitan telinga pada kucing tersenarai di bawah:

  1. Antara punca masalah telinga kucing adalah timbunan atau perkumpulan tahi telinga dan serpihan dalam saluran.
  2. Jangkitan telinga juga biasanya disebabkan oleh bakteria dan jangkitan kulat yang tidak dirawat dengan rawatan khas untuk hama kucing telinga.
  3. Reaksi alahan yang berpunca daripada makanan dan debunga memerlukan ubat jangkitan telinga kucing untuk pemulihan.
  4. Penyakit autoimun, serta tumor dan polip dalam telinga.
  5. Kutu, hama kucing telinga dan kutu melompat juga boleh menyebabkan jangkitan telinga dan memerlukan ubat jangkitan telinga kucing untuk penjagaan yang rapi.
  6. Kecederaan luaran dan gegendang telinga yang pecah akibat cara pembersihan telinga yang salah boleh mengakibatkan luka. Jika terbiar, jangkitan boleh berlaku dan seharusnya perlu diubati dengan ubat jangkitan telinga.

Tanda-Tanda Jangkitan Telinga pada Kucing

Pembersihan telinga kucing adalah salah satu cara untuk mengenal pasti apakah kucing anda mempunyai jangkitan telinga. Berikut adalah tanda-tanda jelas yang harus diberi tumpuan.

  1. Bengkak atau kemerahan pada kelopak telinga.
  2. Lelehan kekuning-kuningan dan kehitam-hitaman yang berbau busuk yang keluar dari telinga.
  3. Pengumpulan serpihan dan tahi telinga yang tidak melampau dalam saluran telinga, serta kulit telinga kucing yang bersisik.
  4. Kehilangan keseimbangan, kesukaran mendengar adalah simptom yang memerlukan larutan titisan jangkitan telinga untuk pemulihan.

Apakah Cara untuk Merawat Jangkitan Telinga dalam Kucing?

Oleh kerana kebersihan telinga kucing amatlah penting, para pemilik kucing sering tertanya-tanya, apakah caranya untuk membersihkan telinga kucing? Walaupun terdapat kes-kes jangkitan telinga yang berpunca daripada kulat telinga yang biasanya tidak berbahaya, ianya masih penting untuk berunding dengan pakar veterinar apabila anda mengesyaki kucing anda mempunyai jangkitan kulat supaya ubat titis yang sewajarnya dapat diberikan. Sebaik sahaja doktor haiwan telah menentukan punca jangkitan telinga kucing tersebut, seperti kulat atau bakteria, mereka boleh mencadangkan langkah rawatan telinga kucing yang diperlukan, seperti salap antikulat atau antiparasit, ubat antibiotik dan lain-lain. Terdapat juga ubat titis telinga untuk anak bulu anda khusus untuk melegakan sebarang ketidakselesaan atau kesakitan di telinga yang disebabkan jangkitan. Ianya dapat memudahkan lagi proses pembersihan telinga kucing anda.

Dalam kes-kes yang tenat seperti jangkitan telinga kucing yang disebabkan oleh kutu telinga kucing yang merebak ke bahagian dalam saluran telinga, doktor haiwan dapat mencadangkan pemberian ubat oral atau rawatan antibiotik suntikan sekiranya telinga kucing itu berair.

Bagaimana untuk Mencegah Jangkitan Telinga pada Kucing?

Pernahkah anda tertanya-tanya tentang pembersihan telinga kucing atau tentang rawatan kutu telinga kucing? Jika anak bulu anda mengalami jangkitan telinga atau jangkitan kulat, anda tidak perlulah berasa cemas, kerana jangkitan telinga pada kucing tidak semestinya sesuatu yang memudaratkan. Sebaliknya, mengikut petua yang dinyatakan di bawah boleh memberi manfaat dalam mengurangkan sebarang kesakitan atau ketidakselesaan yang mungkin dialami oleh kucing anda sewaktu anda cuba membersihkan telinganya.

  1. Jika kucing anda telah didiagnosis dengan jangkitan telinga, doktor haiwan anda mungkin akan memotong bulu di sekeliling penutup telinganya. Ini memudahkan proses pembersihan telinga, serta penggunaan ubat titis telinga dan salap topikal, atau sewaktu membersihkan telinga kucing dengan air masin.
  2. Periksa telinga kucing anda dengan kerap untuk sebarang keanehan yang mungkin memerlukan penggunaan rawatan kutu telinga kucing. Telinga kucing yang sihat umumnya mempunyai rupa merah jambu, dan saluran telinga yang bersih. Jika anda ingin membersihkan telinga kucing anda, terdapat beberapa pilihan seperti dengan larutan pembersih telinga kucing yang tersedia ada di pasaran atau ubat titis telinga untuk kucing. Terdapat juga rawatan untuk telinga gatal dan rawatan untuk kutu telinga yang terbukti berkesan.
  3. Jika si Manja anda perlu dirawat dengan ubat titis hama telinga untuk kucing dan pembersih telinga kucing, tarik kelopak telinga secara perlahan untuk menitis titisan telinga atau larutan pembersih telinga kucing ke dalam telinga sebelum anda meneruskan pembersihan telinga kucing anda. Lap sebarang larutan yang berlebihan atau serpihan kucing menggunakan kain lembut selepas anda membersihkan telinga kucing anda.
  4. Walaupun tiada langkah pencegahan yang terjamin terhadap jangkitan kulat pada telinga kucing, pemeriksaan saluran telinga secara berkala dan lawatan ke pakar veterinar untuk diagnosis awal boleh membantu anda mengesan sebarang gejala sebelum ia bertambah teruk. Anda juga boleh menggunakan larutan titisan hama untuk kucing sewaktu membersihkan telinga kucing anda.

Mengenai Hama Telinga

Diantara serangga dan perosak yang menjejaskan kucing, hama telinga adalah yang paling biasa dan boleh menyebabkan jangkitan telinga. Walaupun tidak membawa maut, serangan hama menyebabkan ketidakselesaan. Jadi ianya penting untuk merawat jangkitan kulat pada telinga kucing atau jangkitan yang disebabkan oleh hama kucing.

Gejala Hama Telinga

Tersenarai di bawah adalah beberapa gejala hama telinga yang menyebabkan jangkitan telinga pada kucing.

  1. Ketidakselesaan dan kegatalan pada telinga, menyebabkan kucing menggelengkan kepala atau menggaru telinga secara melampau. Rawatan kegatalan telinga kucing adalah amat diperlukan untuk jangkitan kulat telinga kucing.
  2. Kes-kes hama telinga yang ketara boleh menyebabkan luka terbuka dan luka yang meninggalkan lelehan hitam dan kering yang berbau busuk dan perlu dirawat dengan ubat titisan hama telinga untuk kucing.
  3. Jika tidak dirawat, kegatalan yang melampau boleh menyebabkan telinga kucing meradang dan kemerahan. Ia seharusnya dirawat dengan rawatan ubat gatal khusus untuk jangkitan kulat telinga kucing.

Apa yang Menyebabkan Tungau Telinga?

Tungau telinga kucing terdapat di sekeliling dan mudah dijangkiti kucing semasa ia merayau di luar. Di dalam rumah, tungau telinga kucing biasanya ditemui di tempat yang sejuk dan lembap, serta pada perabot, tempat tidur dan permaidani.

Kucing juga boleh mendapat tungau telinga kucing apabila bersentuhan fizikal dengan haiwan lain yang telah dijangkiti. Tungau telinga sangat mudah berjangkit, dan penyakit telinga kucing ini boleh merebak dari satu kucing ke kucing lain dalam rumah yang sama, akhirnya menyebabkan kegatalan pada telinga.

Diagnosis Hama Telinga

Jika anda mengesyaki kucing anda menghidap hama atau penyakit telinga kucing yang lain dan bimbang tentang cara merawat kutu telinga kucing, anda haruslah rujuk kepada pakar veterinar untuk rawatan hama. Pakar ini akan menjalankan beberapa ujian untuk mendiagnosis hama telinga kucing atau jangkitan kulat sebelum memulakan rawatan menggunakan ubat hama telinga yang sewajarnya.

  1. Untuk memeriksa telinga kucing secara rapi, pemeriksaan telinga menggunakan swab dan pemeriksaan di bawah mikroskop dapat mengesahkan samada ianya hama telinga atau jangkitan kulat pada telinga kucing.
  2. Ujian juga dijalanakan untuk mengesahkan sama ada jangkitan itu disebabkan oleh tungau telinga. Ini membolehkan pakar itu menentukan jika ubat hama telinga perlu digunakan atau jika ianya berkaitan dengan alahan, disebabkan oleh tindakan bakteria atau kulat, maka rawatan yang sewajarnya adalah titisan kutu telinga ataupun larutan pembersih telinga untuk kucing yang lain.

Rawatan Hama Telinga

Risau tentang hama kucing dan cara merawat atau cara membersihkan hama telinga kucing? Hama telinga kucing tidak semestinya memerlukan perhatian segera, dan secara umumnya tidak berbahaya. Walaupun serangan hama telinga atau jangkitan kulat pada telinga kucing boleh menyebabkan ketidakselesaan, ia boleh disembuhkan dengan mudah dengan rawatan hama telinga untuk kucing, seperti ubat topikal yang terdapat di kedai haiwan peliharaan. Jika anda bimbang mengenai rawatan untuk hama telinga, ubat-ubatan seperti larutan pembersih telinga kucing dan rawatan hama telinga untuk kucing boleh digunakan di atas telinga untuk mengelakkannya. Tambahan pula, ubat titisan pembersih telinga kucing juga merupakan rawatan yang berkesan untuk hama telinga yang boleh melegakan ketidakselesaan dan keradangan.

Soalan Lazim

 

Bolehkah jangkitan telinga kucing hilang secara semulajadi?

Ya, jangkitan telinga biasanya hilang dalam masa beberapa minggu tanpa menggunakan ubat hama telinga atau rawatan jangkitan telinga kucing. Jadi, anda tidak perlu risau tentang merawat hama telinga atau jangkitan telinga kucing.

Adakah jangkitan telinga kucing serius?

Walaupun tidak semua jangkitan telinga adalah ketara dan mungkin berlanjutan hanya untuk beberapa minggu tanpa memerlukan rawatan jangkitan telinga kucing atau ubat tungau telinga untuk kucing. Jangkitan telinga yang berpanjangan mungkin merupakan ancaman yang lebih teruk. Ianya juga menyebabkan ketidakselesaan yang melampau.

Adakah jangkitan telinga menyakitkan untuk kucing?

Walaupun jangkitan telinga yang disebabkan oleh hama pada kucing atau jangkitan kulat kucing berlanjutan selama beberapa minggu, jangkitan kulat yang lama atau berulang-ulang yang disebabkan oleh hama pada kucing memang menyakitkan, menjadikannya satu keperluan untuk menggunakan rawatan penyakit telinga kucing dan rawatan jangkitan kulat kucing yang sewajarnya.

Apakah cara untuk menghilangkan hama telinga dalam kucing?

Hama telinga secara umumnya adalah punca dalam kes-kes di mana kucing mempunyai jangkitan telinga dan penyakit telinga kucing yang lain. Bersihkan telinga kucing dengan teliti dengan rawatan hama telinga sebelum menggunakan ubat topikal dan salap untuk menghilangkan hama telinga dalam kucing, atau apabila kucing anda gatal telinga.

Whiskas brand imagery