Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Makanan Kucing Kering

Whiskas® Dry Adult 1+ Ocean Fish Flavour Cat Food

Makanan Kucing Kering
Whiskas® Dry Adult 1+ Ocean Fish Flavour Cat Food
  • bvseo_sdk, net_sdk, 3.2.0.0
  • CLOUD, getAggregateRating, 26ms
  • REVIEWS, PRODUCT
  • bvseo-msg: The resource to the URL or file is currently unavailable.;

Perihalan produk

Makanan kucing Whiskas® adalah lengkap dan seimbang, dan dihasilkan khas untuk memenuhi keperluan setiap tahap usia kucing anda. Pada usia 12 bulan, anak kucing anda menjadi dewasa, dan memerlukan keperluan nutrisi yang berbeza. Perbezaan dalam keperluan nutrisi ini akan berubah sekali lagi apabila mereka mencecah usia 7 tahun.

Kucing yang berusia antara 1-6 tahun memerlukan banyak masa untuk bermain dan diet yang seimbang untuk membantu mereka kekal langsing dan sihat. Kucing merupakan karnivor manakala manusia adalah omnivor, oleh kerana itu, kucing memerlukan 2 kali ganda lebih banyak protein daripada manusia. Ia juga memerlukan 41 nutrisi penting untuk kesihatan yang optimum. Whiskas® memahami keperluan nutrisi kucing, dan setiap produk adalah dihasilkan secara khusus untuk mengandungi kandungan nutrisi yang lengkap dan seimbang.

  • Dirumus dengan kandungan lemak omega 3 & 6 dan zat besi untuk bulu yang sihat dan berkilat.
  • Dilengkapi dengan vitamin A dan taurina untuk penglihatan yang sihat.
  • Mengandungi protein daripada ikan sebenar, termasuk lemak, vitamin dan mineral, agar kucing anda tetap aktif dan ceria.

Kedua-dua makanan kering dan basah Whiskas® adalah lengkap dan seimbang untuk keperluan nutrisi kucing anda. Walau bagaimanapun, untuk kebaikan optimum, anda adalah digalakkan untuk memberi kedua-dua jenis makanan kering dan basah kepada kucing anda. Makanan basah mengandungi air untuk memastikan saluran kencing yang sihat, di samping kandungan kalori yang lebih rendah. Bentuk pelet yang unik bagi makanan kering Whiskas® membantu membersihkan gigi dan gusi, serta memastikan kesihatan oral kucing anda. Kucing anda pasti akan menyukai kepelbagaian tekstur  dan perisa yang anda berikan kepadanya.

Boleh didapati dalam saiz 480g, 1.2kg dan 3kg.

Baca LagiBaca kurang

Kenyataan AAFCO

Whiskas® memahami keperluan semula jadi dan kehendak kucing pada setiap tahap usia. Setiap produk yang dihasilkan adalah berdasarkan pengetahuan dan penyelidikan yang luas untuk memastikan kucing anda membesar dengan ceria dan sihat. Makanan kucing Whiskas® telah diformulasi dan diuji oleh WALTHAM, UK, salah satu institusi terkemuka di dunia dalam bidang penghasilan makanan dan penjagaan haiwan pliharaan. Whiskas® juga telah mendapat kelulusan bagi setiap ujian makanan kucing yang ditetapkan oleh Persaatuan Kawalan  Pemakanan Amerika (Association of American Feed Control Officials, AAFCO), Amalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practice, GMP), Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (Hazard Analysis and Critical Control Points, HACCP), dan ISO 9001: 2008.

Ulasan

  • bvseo_sdk, net_sdk, 3.2.0.0
  • CLOUD, getReviews, 0ms
  • REVIEWS, PRODUCT
  • bvseo-msg: The resource to the URL or file is currently unavailable.;
close button
Whiskas brand imagery