Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Berat Badan Kucing Ideal: Tips untuk Kucing Gemuk & Kucing Kurus

"Bantu kucing anda agar tetap sihat dengan memberinya diet makanan seimbang yang diperlukannya untuk kekal sihat ... dan berat badan yang betul"

Memahami Kucing Anda

Untuk menjaga si comel seperti pakar, anda perlu berikan perhatian khusus terhadap kesihatan emosi dan fizikal mereka dan melayan mereka dengan empati dan prihatin. Dengan itu, anda boleh memahami kucing anda lebih baik berbanding orang lain, meramal tingkah lakunya, malah melatih mereka menjadi kawan anda yang terbaik!

Satu perkara yang perlu diketahui tentang kucing adalah mereka secara umumnya berdaya tahan. Kebiasaannya, jangka hayat kucing yang sihat adalah antara 15 hingga 18 tahun. Walau bagaimanapun, kucing juga dikenali mempunyai sedikit atau tiada daya tahan kepada masalah kesihatan tertentu. Masalah biasa dan mengancam nyawa adalah kekurangan nutrisi dan obesiti. Oleh itu, sebagai pemilik kucing adalah penting untuk mengetahui berat kucing ideal. Ia dapat memastikan kucing anda boleh menikmati gaya hidup sihat tanpa masalah kesihatan yang timbul disebabkan kekurangan nutrisi dan obesiti.

Carta Berat Kucing

Carta Berat Kucing Terlalu Kurus Kurang Berat Berat Ideal Terlebih Berat Obes

Berat bawah 2.5 hingga 3 kg

Tulang rusuk dan tulang belakang boleh sangat jelas dirasai dan jelas kelihatan.

Berat bawah 4 kg

Tulang rusuk dan tulang belakang mudah dirasai dan agak kelihatan juga.

Berat antara 4 hingga 4.5 kg

Tulang rusuk dan tulang belakang boleh dirasai di bawah kulit tetapi tidak kelihatan.

Berat lebih 5 kg

Tulang rusuk dan tulang belakang sukar dirasai di bawah lapisan lemak.

Berat lebih 6 hingga 6.5 kgs

Tulang rusuk dan tulang belakang tidak boleh dirasai langsung.

Berat Kucing Ideal

Walaupun berat kucing ideal boleh berubah bergantung pada umur dan baka kucing, kebanyakan kucing disarankan mempunyai berat hingga sekitar 10 paun (4-4.5kg), manakala baka kucing yang lebih besar seperti Maine Coons dan Parsi boleh mempunyai berat ideal sekitar 25 paun (11kg).

Kekurangan berat atau berat berlebihan boleh memberi impak kepada gaya hidup kucing, serta jangka hayat mereka. Tidak mempunyai berat ideal kucing untuk umur dan baka juga boleh memudaratkan kesihatan si comel dengan menjejaskan sistem imun dan menjadikannya lebih terdedah kepada penyakit yang sepatutnya tidak dihidapi.

Berat Kucing Biasa

Apabila bercakap mengenai kucing, berat mereka merupakan salah satu faktor terbesar yang perlu dipertimbangkan apabila berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan umum mereka. Berat kucing biasa sentiasa berubah bergantung pada umur dan baka. Anda perlu memastikan mereka mempunyai berat kucing ideal untuk umur dan bakanya. Anda boleh kenal pasti secara mudah sama ada kucing anda berat berlebihan atau kurang berat dengan merasai tulang rusuk di bawah kulit.

Secara ideal, tulang rusuk kucing boleh dirasai di bawah bulu dan lapisan nipis kulit dan lemak. Jika kucing anda obes, anda sukar merasai tulang rusuk mereka. Manakala untuk kucing kurus, anda boleh merasai dan melihatnya dengan jelas.

Berat Kucing Gemuk

Pengambilan makanan yang tidak terkawal sudah pasti menjadi faktor utama obesiti kucing. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor lain yang mungkin menyebabkan kucing anda berat berlebihan atau obes. Persekitaran terdekat dan jenis makanan yang dimakan memainkan peranan penting menentukan berat mereka. Kucing adalah salah satu pemangsa yang paling cekap, dan mereka bergantung pada kebolehan memburu di alam liar untuk terus hidup. Ia membolehkan kucing mengekalkan bentuk badan dengan membakar kalori berlebihan. Lain pula dengan kucing domestik yang tidak perlu memburu makanan, ini menyebabkan mereka berisiko tinggi terhadap obesiti kucing. Walaupun kucing adalah karnivor, diet berasaskan daging tinggi kalori seperti daging lembu dan ham juga boleh menyebabkan mereka bertambah berat badan dengan cepat.

Cara memeriksa jika kucing anda gemuk?

Bagi memastikan kucing anda kekal bentuk badan atau sudah berat berlebihan atau obes, adalah penting untuk mengetahui simptom yang berkemungkinan yang dikaitkan dengan obesiti kucing. Mampu mengenal pasti simptom adalah sangat bermanfaat bagi menentukan masa sesuai sekiranya kucing anda perlukan perhatian doktor haiwan untuk membantu memperbaiki berat badan dan mengelakkan potensi risiko kesihatan.

  • Salah satu simptom ketara obesiti pada kucing adalah mereka sukar untuk memanjat dan melompat. Kucing yang obes dan kucing gemuk tidak dapat melompat ke tempat tinggi dengan mudah kerana berat badan berlebihan.
  • Mereka juga kurang buang air besar dan tidak boleh melegakan diri mereka sekerap yang sepatutnya.
  • Kucing gemuk juga hilang kelenturan, yang menghalang mereka daripada mendandan diri sendiri, terutamanya di kawasan yang sukar, seterusnya menyebabkan kotor dan bulu bergumpal.
  • Garis pinggang tidak kelihatan juga kerap dikaitkan dengan obesiti kucing.
  • Akhir sekali, periksa tulang rangka kucing anda dengan tangan bagi menentukan jika kucing anda mempunyai berat berlebihan atau obes. Sukar untuk merasakan tulang rangka di bawah lapisan lemak yang tebal pada kucing yang obes.

Cara menurunkan berat kucing

Di bawah adalah beberapa cara efektif yang boleh anda lakukan untuk membantu kucing anda mengekalkan bentuk badan dengan mengurangkan berat badan berlebihan.

  • Jadual Pemberian Makanan

    Makan berlebihan dalam kuantiti yang banyak dan makan dengan kerap adalah penyebab utama obesiti pada kucing. Memberi makan secara bebas, atau membenarkan kucing anda makan seberapa banyak yang mereka mahu menjadi trend kebelakangan ini, terutamanya bagi pemilik kucing yang tiada di rumah untuk jangka masa yang panjang. Walaupun nampak mudah, memberi makan secara bebas boleh menggalakkan kucing makan berlebihan jika mereka tidak boleh mengawal diri. Sebaliknya, jika anda mencari cara membantu kucing anda untuk mengurangkan berat badan berlebihan, mengikuti jadual pemberian makanan boleh membantu. Pemilik kucing yang bekerja boleh memilih dispenser makanan automatik yang boleh mengeluarkan makanan mengikut jadual dalam kuantiti yang terkawal bagi menghalang si comel makan berlebihan.

  • Diet kalori terkawal

    Hidangan tinggi kalori seperti snek kucing, daging lembu dan ham sangat digemari kucing. Tetapi makanan ini juga boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti obesiti kucing. Sebagai pencinta makanan, kucing menghargai hidangan yang lazat dan kerap gagal menahan diri daripada makan berlebihan apabila dihidangkan makanan lazat serta tinggi kalori. Oleh itu, adalah penting untuk memberikan mereka diet kalori terkawal, kurangkan snek kucing dan hadkan pengambilan ham dan daging lembu hanya pada hari istimewa.

  • Bersenam dan aktiviti fizikal

    Bersenam telah terbukti sebagai salah satu cara efisyen dan mudah untuk mengurangkan berat berlebihan untuk semua makhluk hidup, begitu juga dengan kucing anda. Di alam liar, kucing perlu memburu mangsa untuk terus hidup. Memandangkan pemburuan memerlukan usaha yang besar, ia membakar kalori berlebihan dan membantu si comel kekal sihat. Disebabkan kucing domestik tidak lagi memburu makanan mereka, kekurangan senaman fizikal boleh menyebabkan obesiti kucing. Disebabkan kucing suka bermain, anda boleh menggunakan masa bermain bersama si comel untuk meningkatkan aktiviti fizikalnya.

  • Bantuan profesional dan ubatan

    Sesetengah ubatan seperti Bupropion naltrexone, Orlistat, dan Liraglutide berkesan mengubati obesiti kucing. Walau bagaimanapun, sekuat mana pun ia, ubatan tanpa preskripsi hanya diberikan jika doktor haiwan mengesyorkannya. Membawa si comel berjumpa doktor haiwan untuk pemeriksaan berkala dapat membantu mengesan awal obesiti dan risiko kesihatan yang lain.

Makanan kucing yang betul untuk proses pengurangan berat badan

Pelan penurunan berat badan untuk kucing berat berlebihan adalah cara paling selamat dan efektif untuk mengurangkan berat badan. Secara am, kucing menjalani pelan penurunan berat badan perlu diberi diet kalori terkawal. Makanan kucing basah dan kering terdapat di pasaran seperti Whiskas mengandungi semua nutrien penting yang diperlukan kucing tetapi masih kalori terkawal. Pemilik kucing boleh mengetahui dengan tepat apa dan berapa kuantiti untuk diberi kepada si comel dengan melihat kandungan kalori dalam makanan kucing komersial yang terdapat pada label makanan.

Semasa kucing anda sedang menjalani pelan penurunan berat badan, penting juga untuk mengurangkan pengambilan snek kucing kerana snek kucing mengandungi tinggi kandungan kalori dan hanya untuk sekali sekala. Mengelak pengambilan daging seperti ham dan daging lembu yang kaya dengan lemak dan asid lemak boleh membantu menurunkan berat badan kucing.

Kucing Kurus

Seperti juga kucing yang berat berlebihan dan kucing obes, kucing yang kurang berat badan dan kurang nutrisi kerap berisiko mendapat penyakit kucing yang disebabkan lemah sistem imun. Walaupun kebanyakan kucing mempunyai badan kurus untuk menyokong gaya hidup yang aktif, mereka masih memerlukan protin dan lemak yang cukup untuk kekal sihat. Walaupun konsep berat ideal kucing adalah berbeza mengikut baka dan umur, kucing boleh dianggap kurang berat badan jika mereka tidak mencapai berat ideal kucing untuk umur dan baka. Oleh itu, sentiasa pastikan kucing anda sihat dan cukup jisim badan untuk umurnya.

Penyebab kucing kurus adalah penyakit disebabkan bakteria dan parasit, stress dan kemurungan, yang perlu dirawat sebelum ia menyebabkan kucing kehilangan terlalu banyak berat.

Cara periksa sama ada kucing anda kurang berat badan

Gunakan cara berikut untuk menentukan sama ada kucing anda kurang berat badan:

  • Kebiasaanya, pemeriksaan visual boleh menunjukkan sama ada kucing anda kurang berat badan disebabkan ia sangat jelas pada badan kucing. Pertama sekali, perhatikan garis pinggang mereka. Kucing biasanya mempunyai ruang sempit di antara tulang rusuk dengan bahagian belakang, ini menunjukkan mereka mempunyai garis pinggang. Jika kawasan sempit kelihatan terlalu rapat dengan kulit, ia adalah petanda kekurangan nutrisi.
  • Tambahan pula, pemilik kucing boleh memeriksa dengan tangan untuk menentukan sama ada kucing mereka mempunyai berat badan kucing ideal. Gunakan jari anda untuk merasa di sekitar tulang rusuk kucing. Secara ideal, tulang rusuk kucing boleh dirasai di bawah bulunya. Tetapi jika tulang rusuk jelas kelihatan tercucuk keluar, ia adalah petanda kucing kekurangan nutrisi dan kurang berat badan.
  • Skor kesihatan badan atau ‘body condition score (BCS)’, juga boleh membantu doktor haiwan membuat kesimpulan sama ada kucing adalah sihat, kurang berat badan atau obes. Doktor haiwan kerap menggunakan BCS untuk menilai kucing pada skala 1 hingga 9 bergantung pada penampilan mereka. Skor kesihatan badan lebih daripada 6 bermaksud obesiti, manakala skor antara 4 dan 6 dianggap ideal untuk kucing. Skor kesihatan badan sebanyak 3 dan kurang menunjukkan kekurangan nutrisi dan kucing kurang berat badan.

Cara menaikkan berat kucing

Anda boleh membantu kucing kurus meningkatkan berat badan dengan langkah mudah seperti di bawah:

  • Campuran makanan kucing basah dan kering

    Walaupun kucing kerap dikenali sebagai pengemar makanan, mereka juga merupakan pemakan yang cerewet. Makanan yang dimasak dirumah adalah salah satu pilihan terbaik untuk dipertimbangkan jika anda mencari jalan untuk membantu mereka menambah berat badan. Walau bagaimanapun, tidak semua pemilik kucing boleh kerap memasak untuk si comel. Oleh itu, makanan kucing Whiskas adalah alternatif mudah bagi memastikan kucing anda mendapat semua nutrien penting dan protin untuk membantu menambah berat badan. Anda juga boleh mencampurkan makanan Whiskas basah dan kering bersama-sama untuk menjadikan masa makan lebih menyelerakan dan memastikan kucing anda cukup makan dan terhidrat. Terdapat dalam beberapa perisa eksotik, makanan kucing Whiskas boleh memberi kelazatan pada hidangan harian si comel.

  • Tambah bilangan hidangan

    Menambah pengambilan kalori harian terbukti bermanfaat untuk kucing anda jika anda sedang mencuba membantu mereka menambah berat badan. Penambahan bilangan hidangan dan kuantiti boleh membantu jika anda tertanya-tanya cara menggemukkan kucing. Kucing juga pencinta makan yang menghargai kepelbagaian dalam hidangan setiap hari. Jadi, memperkenalkan pelbagai jenis perisa makanan di dalam diet harian mereka boleh membantu. Anda juga boleh menggalakkan mereka makan lebih banyak dengan meletakkan mangkuk makanan di tempat yang senang dicapai dan pastikan ia diisi semula dari masa ke masa. Selain itu, pemanasan makanan yang dimasak di rumah sebelum dihidangkan dapat memberikan rasa yang lazat serta menjadikan ia lebih menyelerakan.

  • Beri makan secara suapan tangan

    Kucing kerap kehilangan berat badan apabila stress dan kemurungan, yang menyebabkan mereka menolak makanan walaupun mereka lapar. Dalam keadaan ini, kucing anda perlukan perhatian dan kemesraan untuk membuatkan mereka berasa lebih baik dan mula makan semula. Menyuap dengan tangan adalah cara efektif untuk memastikan si comel kekal makan, mengelakkan potensi penyebab kucing kurus dan membina ikatan yang mendalam.

  • Suplemen penambah berat badan

    Suplemen penambah berat badan yang terdapat secara komersial boleh membantu kucing menambah berat badan dalam masa singkat. Walau bagaimanapun, suplemen ini juga menyebabkan obesiti dan hanya boleh digunakan sebagai langkah kecemasan yang disyorkan oleh doktor haiwan apabila cara lain untuk menambah berat badan tidak berkesan.

Makanan Kucing yang betul untuk menambah berat badan

Makanan yang tinggi kandungan kalori terbukti bermanfaat jika anda mencuba untuk menggemukkan kucing anda. Oleh kerana kucing adalah karnivor, diet berasaskan daging adalah pilihan terbaik kerana ia menyediakan semua nutrien yang diperlukan oleh kucing untuk membantu mereka menambah berat badan. Secara am, diet yang paling sesuai untuk kucing menambah berat badan mestilah mengandungi lebih 52% protin, 45% lemak dan 2-3% karbohidrat serta nutrien lain. Daging seperti bacon, ham dan daging lembu mempunyai kandungan kalori yang tinggi serta kaya dengan lemak serta asid lemak, menjadikannya sesuai untuk kucing yang kurang berat badan. Snek kucing dan makanan basah kucing yang terdapat di pasaran juga dikenali mempunyai tinggi kalori dan membantu kucing menambah berat. Makanan tambahan untuk menambah berat boleh didapati tanpa preskripsi dapat membantu kucing menambah berat badan dengan cepat tetapi hanya boleh diambil jika disarankan oleh doktor haiwan.

Soalan Lazim berkenaan Berat Kucing

Berapa berat badan biasa kucing?

Berat badan biasa untuk kucing adalah bergantung pada umur dan baka. Walau bagaimanapun, berat badan biasa untuk baka kucing yang lebih kecil adalah antara 4 hingga 4.5kg, manakala berat badan kucing ideal untuk baka kucing yang lebih besar adalah sekitar 11 kg.

Berapa banyak kucing perlu makan sehari?

Pengambilan kalori harian setiap kucing adalah bergantung kepada umur, baka dan keadaan kesihatan mereka. Purata pengambilan kalori adalah sebanyak 250 kalori adalah mencukupi untuk kucing dengan berat 4 hingga 5 kg dan perlu lebih lagi untuk baka kucing yang lebih besar.

Berapa berat badan yang rendah untuk kucing?

Kucing dewasa dengan berat kurang daripada 4 kg boleh dianggap kurang nutrisi dan kurang berat badan. Kucing yang kurang berat badan mempunyai rangka sempit dan mesti dirawat segera bagi mengelakkan risiko kesihatan seperti parasit, penyakit bakteria dan sebagainya.

Haruskah kucing menjadi kurus?

Mempunyai tubuh badan yang ringan dapat membantu kucing melompat ke tempat tinggi dengan mudah, dan melepasi bentuk muka bumi yang sukar. Walau bagaimana pun, kucing tidak sepatutnya terlalu kurus yang menyekat mereka daripada menjalani gaya hidup normal. Kekurangan nutrisi juga boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Whiskas brand imagery