Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Membesarkan Seekor Anak Kucing dengan Mencorakkan Rutin Seharian

Secara semula jadi, anak kucing anda memang suka untuk membersihkan dirinya. 

Anda pasti mahukan anak kucing comel anda supaya dapat segera berasa selesa dan bahagia dalam rumah baharunya. Satu cara paling baik untuk memudahkan ini adalah dengan mencorakkan beberapa perkara asas. Berikut adalah beberapa tabiat yang baik untuk diamalkan.

Membesarkan Seekor Anak Kucing dengan Mencorakkan Rutin Seharian Sudut Membuang Air untuk Anak Kucing

Secara semula jadi, anak kucing anda memang suka untuk membersihkan dirinya. Bagi memudahkan ia meneruskan sifat semulajadi ini, letakkan bekas najisnya di sudut yang tersembunyi, jauh daripada makanan dan minumannya. Tunjukkan kepadanya di mana bekas najis ini diletakkan dan ia akan dengan pantas belajar menggunakannya.

Membesarkan Seekor Anak Kucing dengan Mencorakkan Rutin Seharian Waktu Makan Anak Kucing

Makanan yang lengkap dan seimbang – seperti Whiskas® Kitten Pouches – akan memberikan anak kucing anda semua protein dan nutrien yang diperlukannya. Ketika ia masih kecil, anak kucing anda akan memerlukan makanan yang sedikit tetapi kerap. Anak kucing anda akan menyesuaikan diri dengan waktu makan yang  telah anda  jadualkan dan akan mengharapkan anda menyediakan makanannya tepat pada waktu – maka jangan kecewakan ia.

Membesarkan Seekor Anak Kucing dengan Mencorakkan Rutin Seharian Waktu Bermain Anak Kucing

Adakah anda ketahui bahawa anak kucing anda sentiasa mencari-cari mangsa? Hanya dengan bermain sahaja ia dapat melayan sifat semula jadinya untuk berburu. Cubalah untuk bermain dengan anak kucing anda setiap hari untuk sekurang-kurangnya 10-15 minit – terutamanya jika ia tinggal di dalam rumah. Pilihlah mainan yang kecil supaya ia dapat bermain hendap, kejar dan terkam dengan seronoknya.

Membesarkan Seekor Anak Kucing dengan Mencorakkan Rutin Seharian Waktu bermanja Anak Kucing

Sama seperti anak kucing anda mengingati waktu makannya, ia akan turut mengingati waktu berdakapan. Maka, sama ada anda memilih untuk mengusapnya di pagi hari, atau pada sebelah petang selepas anda pulang dari kerja, pastikan yang anda memberikan penuh perhatian pada masa-masa yang bersesuaian. 

Membesarkan Seekor Anak Kucing dengan Mencorakkan Rutin Seharian Waktu Tidur Anak Kucing

Anak kucing anda mungkin akan memilih sendiri di mana ia mahu tidur – kemungkinan di atas selimut tilamnya, namun ada kemungkinan juga ia akan lebih menyukai baju bulu lama yang anda gemar! Apabila anak kucing anda telah selesa dengan ruangannya, cuba elakkan daripada mengganggunya.

Whiskas brand imagery