Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Pemeriksaan Kesihatan Untuk Anak Kucing

Sebelum memeriksa anak kucing anda, pilihlah tempat yang boleh memberikannya keselesaan – seperti di atas pangkuan ataupun di atas tilam. 

 

Dalam alam semula jadi, kucing dewasa melakukan hubungan sosial dengan berdandan. Dengan kaedah yang sama, untuk mengukuhkan hubungan dengan anak kucing anda, lakukan pemeriksaan kesihatan yang tetap kepadanya.  Adalah lebih baik jika anda mulakannya daripada usia muda – dengan cara itu anak kucing anda akan semenjak dari awal memahami pemeriksaan ini sebagai satu lagi rutin semula jadi.

 Pemeriksaan Kesihatan Untuk Anak Kucing Menjadikannya Selesa

Sebelum memeriksa anak kucing anda, pilihlah tempat yang boleh memberikannya keselesaan – seperti di atas pangkuan ataupun di atas tilam. Ketika anda memeriksa, pastikan anda berlemah lembut dan gunakan banyak kata-kata yang menenangkan.

 Pemeriksaan Kesihatan Untuk Anak Kucing Pernafasan dan Bahagian Abdomen

Dengarkan pernafasan anak kucing anda, pastikan ia teratur dan tidak terganggu langsung. Raba kedua-dua tangan anda di sepanjang sisi tubuhnya,  untuk memeriksa apa-apa yang di luar kebiasaan.

 Pemeriksaan Kesihatan Untuk Anak Kucing Hidung dan Mata

Lihat ke dalam telinga anak kucing anda untuk memeriksa jika ada kesan cakar kepada telinga luar, bengkak atau tahi telinga yang berwarna kehitaman. Sekitar mata anak kucing anda pula, perhatikan jika terdapat lelehan, bengkak atau sebarang tanda-tanda luka. Jangan sentuh bebola matanya, dan jangan beri sebarang titisan ke dalam matanya tanpa berbincang dengan doktor haiwan anda terlebih dahulu.

 Pemeriksaan Kesihatan Untuk Anak Kucing Mulut dan Hidung

Dengan berhati-hati buka mulut anak kucing anda dan perhatikan jika ada gigi yang patah, gusi yang bengkak atau plak gigi yang sedang terbentuk. Hidung anak kucing anda dapat memberi tanda keadaan kesihatannya secara menyeluruh – hidung harus berasa sejuk dan basah. Jika anak kucing anda ada hidung yang kering dan banyak bersin, mungkin anak kucing anda menghidapi selsema. Jika anda berasa bimbang, bawalah ke doktor haiwn untuk pemeriksaan yang lebih menyeluruh.

 Pemeriksaan Kesihatan Untuk Anak Kucing Kuku Kaki

Periksa jika tapak kaki anak kucing anda luka ataupun tiada kuku. Anda juga harus memeriksa jika  terdapat sebarang luka pada bahagian kulit lembut di celah-celah tapak kakinya.
Hanya dengan menekan lembut pada tapak kakinya akan menyebabkan semua kuku terkeluar dari kantung kuku – berwaspada kerana ia tajam.

 Pemeriksaan Kesihatan Untuk Anak Kucing Berbincang Dengan Doktor Haiwan Anda

Jika anda bimbang mengenai sesuatu, beri perhatian kepada anak kucing anda dahulu untuk beberapa hari. Jika anda masih tidak gembira dengan keadaannya selepas itu, telefon untuk bertanya kepada veterina anda.

Whiskas brand imagery