Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Pembelajaran dan Perkembangan pada Anak-anak Kucing

Ibu kucing merupakan guru pertama yang paling penting bagi seekor anak kucing. 

Perkara-perkara yang dilalui oleh anak kucing anda dalam beberapa bulan pertama kehidupannya akan mempengaruhi  sepanjang hayatnya. Semakin banyak pengalaman yang dilaluinya sepanjang tempoh yang penting ini, semakin ia menjadi lebih terbuka dan percaya diri sebagai kucing dewasa.

Pembelajaran dan Perkembangan pada Anak-anak Kucing Ibu lebih mengetahui apa yang terbaik

Ibu kucing merupakan guru pertama yang paling penting bagi seekor anak kucing. Ibunya akan mengajar anak-anaknya tentang semua perkara yang perlu mereka ketahui untuk hidup, bermula dari cara menjaga bulu dan kukunya, sehinggalah ke latihan membuang air (toilet training).

Pembelajaran dan Perkembangan pada Anak-anak Kucing Pembelajaran awal berkekalan seumur hidup

Apabila usia anak kucing anda mencecah 8 minggu, ia telah pun belajar apa yang boleh dipelajari daripada ibunya. Ini bermakna sudah tiba masanya untuk anda mengambil alih! Secara semula jadinya, si kecil sahabat felin anda adalah pemburu semula jadi, bergantung pada dirinya sendiri untuk hidup. Terpulang kepada anda untuk memenuhi naluri memburunya, membentuknya ke arah tingkah laku yang sesuai (seperti menggunakan tiang mencakar) dan memperoleh keyakinan, kasih sayang dan kepercayaannya.

Pembelajaran dan Perkembangan pada Anak-anak Kucing Tinggal bersama anda dan keluarga anda

Karakter anak kucing anda akan terbentuk antara minggu kedua dan ketujuh dalam kehidupannya. Jika ia mempunyai hubungan yang kerap dengan manusia semasa tempoh ini, tedapat peluang yang baik yang ia tidak akan menjadi seekor kucing yang pemalu semasa ia membesar. JIka anda ingin anak kucing anda menjadi kucing yang terbuka dan ahli yang aktif kepada keluarga anda, penting untuk anda menjaganya, bercakap-cakap dengannya dan mengusapnya dengan cara yang betul sejak dari awal lagi.

Pembelajaran dan Perkembangan pada Anak-anak Kucing Objek-objek yang ada di sekeliling kita setiap hari

Kehidupan seharian penuh dengan perkara-perkara yang mungkin kelihatan asing kepada anak kucing anda pada mulanya – seperti berada di dalam kereta atau melihat anda memvakum karpet. Dedahkan ia kepada perkara-perkara ini seawal yang boleh. Lebih banyak pendedahan yang anda berikan kepadanya setiap hari, semakin berkeyakinan ia jadinya.

Pembelajaran dan Perkembangan pada Anak-anak Kucing Mencuba makanan yang berlainan

Dalam habitat semula jadi, kucing-kucing besar secara semula jadinya makan makanan yang terdiri daripada pelbagai rasa dan tekstur. Oleh itu menjadi satu idea yang baik untuk membiarkan anak kucing anda mencuba pelbagai perasa dan tekstur seawal yang mungkin – ini juga akan memudahkan anda untuk mempelbagaikan dietnya selepas itu. Pek Lengkap Anak Kucing Whiskas® dan makanan kering banyak terdapat dalam pelbagai perasa yang tidak sahaja akan memenuhi seleranya, malahan memenuhi keperluan pemakanannya.

Whiskas brand imagery