Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Kucing dan Bayi

“Anda perlu menetapkan peraturan bermain dengan kucing dan melatih anak-anak anda untuk bermain dengan kucing mereka dengan betul”

Kucing dan Bayi Anak kucing sememangnya comel dan, jika anda mempunyai anak kecil, mereka akan jatuh cinta dengan teman felin mereka dengan serta merta. Walau bagaimanapun, jika anak-anak bising, berlari, atau terlalu kerap bermain dengan anak kucing; anak-anak kucing mungkin akan ketakutan. Sebab itulah amat penting untuk kita menetapkan peraturan bermain dengan kucing dan melatih anak-anak kita bermain kucing mereka dengan betul.

Kucing dan Bayi Biarkan Anak-anak Lakon Peranan Sebagai “Anak Kucing” 

“Lakon peranan anak kucing” merupakan cara yang baik untuk membantu anak-anak anda membayangkan diri mereka sebagai seekor kucing. Mereka boleh berjalan menggunakan tangan atau lutut dan meletakkan muka mereka berhampiran lantai seperti kucing. Jika anda mempunyai lebih daripada seorang anak, anak-anak anda boleh memain peranan yang berlainan seperti berjalan atau berlari sambil melompat. Ini akan membantu anak-anak anda melihat dunia dari perspektif seekor kucing.

Kucing dan Bayi Biarkan Anak-anak Bermain dengan “Kucing Mainan”

Satu lagi cara melatih anak-anak anda untuk bermain dengan kucing adalah dengan membiarkan mereka bermain dengan kucing mainan. Ajarkan mereka untuk bermain secara baik dan lembut dan tunjukkan perbezaan di antara membelai, menyentuh, dan memukul. Anda juga boleh memberitahu mereka bahagian mana kucing gemar disentuh. 

Kucing dan Bayi Bahagian Mana untuk Membelai Kucing

Kucing gemar dibelai di bahagian telinga, dada, dan belakang. Awas! Kucing tidak suka disentuh di bahagian perut dan kaki belakang kerana ia merupakan bahagian yang amat sensitif. Dalam pada itu, anda seharusnya mengajar anak-anak anda tanda-tanda kucing yang tidak mahu dibelai dan memberitahu anak-anak supaya berhenti membelai apabila tanda-tanda ini muncul.

Kucing dan Bayi Memperkenalkan Kucing kepada Anak-anak untuk Kali Pertama

 Pertama sekali, beritahu anak-anak untuk membelai kucing dengan lembut serta mengawasi anak-anak setiap masa ketika itu. Pastikan momen ikatan di antara anak-anak dengan kucing menyeronokkan tetapi jangan terlalu lama.

Whiskas brand imagery