Enter a keyword below to search for articles and products.
Sebab utama anak kucing anda membawa pulang mangsa buruan ke rumah adalah untuk menghabiskan buruannya.
Seperti semua kucing besar yang hidup di dalam habitat semula jadi, anak kucing comel anda sebenarnya adalah pemburu yang mengerunkan. Memburu dan menangkap mangsa merupakan sebahagian besar daripada kelakuan semula jadinya, jadi terdapat peluang yang sahabat kucing anda akan membawa balik mangsa buruannya ke rumah sekali-sekala.
Sebab utama anak kucing anda membawa pulang mangsa buruan ke rumah adalah untuk menghabiskan buruannya. Apabila ia menangkap mangsanya, anak kucing anda akan mencakup pada mana-mana bahagian tubuh mangsanya yang boleh dicakupnya. Untuk membunuh mangsanya, ia perlu mengigit leher mangsanya, tetapi ia tidak boleh melepaskan mangsanya untuk melakukannya kerana ia tidak mempunyai sekawanan kucing lain untuk berjaga-jaga semasa ia melakukannya.
Daripada membetulkan cengkaman di tempat di mana ia menangkap mangsa itu, sebaliknya anak kucing anda membawanya pulang ke rumah. Dengan cara ini, jika mangsa itu melarikan diri, anak kucing anda akan lebih berkeyakinan untuk menangkapnya sekali lagi.
Apabila anak kucing anda muncul di hadapan pintu rumah membawa sesuatu yang ditangkapnya, ianya menarik untuk berfikir yang ia membawanya sebagai hadiah. Sebenarnya, anak kucing anda hanya mengikut naluri semula jadinya dengan menghabis buruannya di tempat di mana ia berasa selamat dan tidak diganggu oleh pemangsa yang lain.