Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Mengajar Anak-anak Kucing Membuang Air

Sama seperti saudara-saudara kucing besarnya, anak kucing anda juga suka menyendiri ketika membuang air. Dengan sebab itu adalah penting untuk meletakkan bekas najis di tempat yang sunyi, selamat, tidak jauh dan dapat digunakan tanpa diperhatikan. 

Mengajar Anak-anak Kucing  Membuang Air Perhatikan bila si anak kucing mahu membuang air

Anda perlu melatih anak kucing anda cara penggunaan bekas najis. Ini amat mudah: sebaik sahaja anda perhatikan ia mahu membuang air, alihkan ia ke dalam bekas najis. Anda juga boleh membantu meletakkan ia ke dalam bekas najis tersebut pada setiap pagi, malam sebelum masuk tidur dan juga setiap selepas makan. Teruskan mengulangi perbuatan ini sehingga anak kucing anda dengan sendirinya boleh menjumpai bekas najis itu melalui deria bau dan tempat letaknya. Selepas itu, biar ia melakukannya sendiri. Bagi memastikan keselesaannya, gunakan bahan yang menyerap bau dan tidak mengetul, seperti Catsan® . 

Mengajar Anak-anak Kucing  Membuang Air Mengamalkan kebersihan

Dalam habitat semula jadi, kucing-kucing besar sebenarnya amat teliti mengenai kebersihan dan kesihatan, mereka memastikan makan dan minum dilakukan di kawasan yang lain dari tempat mereka membuang air. Begitu juga dengan anak kucing anda, maka tempatkan bekas najisnya itu jauh sedikit daripada tempat makan dan minum. Selain itu, ianya penting untuk membersihkan bekas najis setiap hari.

Mengajar Anak-anak Kucing  Membuang Air Kemalangan mungkin berlaku

Pernahkah anak kucing anda tiba-tiba mula membuang najis tidak di bekas najisnya? Ini mungkin berlaku kerana beberapa perkara:

  • Bekas najisnya kotor
  • Ia sedang cuba mendapatkan perhatian
  • Ia merasakan sesuatu telah mencerobohi kawasannya
  • Ia mungkin telah matang secara seksual

Jika ini berterusan, mintalah nasihat daripada doktor haiwan anda untuk mengajar anak kucing anda semula.

Mengajar Anak-anak Kucing  Membuang Air Cara-cara untuk membersihkannya

Bilas kawasan itu dengan air yang bersih, kemudian gunakan larutan serbuk pencuci biologik pada kepekatan 10% untuk menghilangkan bau. Anda dinasihatkan supaya tidak menggunakan bahan lain kerana kebanyakan bahan pencuci mempunyai bau yang hampir mirip bau kencing kucing. Justeru, jika anda membersihkan tempat ini dengan bahan-bahan pencuci seperti ini, anda sebenarnya mungkin meninggalkan isyarat felin yang mengalakkan lagi lebih banyak lagi kelakuan yang tidak diingini, bukannya semakin kurang!

Mengajar Anak-anak Kucing  Membuang Air Mengiktiraf kejayaan 

Apabila anak kucing anda telah berjaya menggunakan bekas najisnya, pastikan anda menghujani ia dengan pujian – memberi upah juga dapat membantu. Dengan cara ini, ia akan segera dapat mengaitkan bekas najis tersebut dengan perasaan seronok. Anda hanya perlu bersabar dengan anak kucing anda, banyak memberikan dorongan, dan ia akan dapat membiasakan penggunaanya dengan cepat.

Whiskas brand imagery