Enter a keyword below to search for articles and products.
“Anak kucing terkenal dengan tingkah lakunya yang suka berlari, memanjat, menerkam dan memburu. Cuba luangkan masa bersama anak kucing beberapa kali setiap hari melibatkan ia dalam beberapa aktiviti permainan.”
Si anak kucing comel anda sentiasa bersedia untuk memburu pada bila-bila masa. Jika ia berhadapan dengan kombinasi pergerakan dan bunyi yang tepat, ia akan mengalami kesukaran untuk menahan dirinya daripada menerkam. Ada baiknya anda turutkan kemahuan semula jadinya itu agar anda, pakaian anda atau perabut anda tidak menjadi mangsa terkamannya!
Bermainan adalah satu aktiviti harian yang penting – terutamanya bagi kucing yang tinggal di dalam rumah. Menghabiskan masa bersamanya merupakan cara yang baik untuk mengeratkan hubungan – dan ia akan mengekalkan kecerdasan minda dan tubuh yang sihat serta aktif. Ini adalah beberapa aktiviti permainan yang boleh anda gunakan untuk merangsang anak kucing anda.
Anak kucing anda yang suka bermain akan menyukai semua jenis alat mainan termasuklah katnip berbentuk tikus dan bungkusan, bola yang melantun, bola yang dipenuhi dengan mainan, bulu-buluan dan sebarang mainan yang bertali! Kucing anda suka pada mainan terutamanya yang anda boleh gerakkan, sentak atau hilang daripada pandangan! Anda tidak perlu bermain bersama anak kucing anda untuk jangka yang lama sebelum ia mula mempamerkan naluri memburu semulajadinya semasa ia menghendap dan menerkam mainan.
Ketika waktu main, jangan lupa untuk membiarkan anak kucing menang untuk beberapa pusingan. Jika tidak, ia akan cepat kecewa kerana tidak dapat memuaskan naluri memburu semula jadinya.