Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Kucing Birman

Kucing Birman

Dengan mata birunya yang menawan dan bentuk badan yang panjang dan gebu, kucing Birman menampilkan keanggunan yang menakjubkan setiap kali ianya muncul. Namun, adakah anda tahu bahawa kucing Birman yang tersayang itu juga mempunyai asal usul yang diselubungi misteri? Salah satu cerita rakyat Burma yang paling terkenal dan popular mengisahkan tentang Sinh, seekor Birman bermata emas yang menyelamatkan seorang sami sewaktu kuilnya diserang. Sinh, pada asalnya kucing berbulu putih, dipercayai bertukar menjadi keemasan, dan matanya menjadi biru nilam, penampilan unik kucing Birman hari ini. Semenjak itu, kucing Birman sering dikisahkan dalam cerita-cerita dongeng, media dan rujukan budaya pop yang tidak terkira banyaknya. Ia pernah juga menjadi bintang utama dalam filem Disney "That Darn Cat!" .

Di bawah adalah beberapa maklumat tambahan mengenai kucing Birman yang menarik.

  1. Berat - 10 hingga 12 paun
  2. Tinggi - 8 hingga 10 inci
  3. Jangka hayat - 12 hingga 16 tahun
  4. Kot  - Berbulu sederhana panjang dan juga panjang

Kedudukan:

  1. Peramah ⭐⭐⭐⭐⭐
  2. Keupayaan untuk menyesuaikan diri ⭐⭐⭐⭐⭐
  3. Tingkah laku terhadap haiwan peliharaan lain ⭐⭐⭐⭐
  4. Tingkah laku terhadap manusia ⭐⭐⭐⭐
  5. Suka bermain ⭐⭐⭐⭐⭐
  6. Kecenderungan kepada obesiti ⭐
  7. Kesihatan keseluruhan ⭐⭐⭐⭐
  8. Jangka hayat ⭐⭐⭐⭐
  9. Mudah dilatih ⭐⭐⭐
  10. Digalakkan untuk pemilik kali pertama ⭐⭐⭐

Satu bintang = rendah/buruk

Lima bintang = tinggi/baik

Penampilan fizikal

Tidak dapat dinafikan bahawa kucing Birman mempunyai penampilan yang unik dan tersendiri. Antara ciri-ciri kucing Birman  yang unik itu adalah bentuk badannya yang panjang. Ianya sepadan dengan ciri-ciri Kucing Birman yang lain khususnya sifatnya yang megah dan anggun. Kot Birman berwarna krim, gebu dan lembut.   Bulunya pula ada yang panjang, ada yang sederhana.. Selain itu, baka Birman juga  berwarna lebih gelap pada bahagian muka, telinga dan kaki mereka, memiripi kucing Siam.

Selain daripada bulunya yang menawan, ciri-ciri kucing Birman atau anak kucing Birman yang paling menarik ialah mata berbentuk badam mereka. Walaupun Birman didapati mempunyai warna mata seperti kuning dan hijau, warna mata biru nilamnya bukan sahaja ciri-ciri yang ketara antara kucing Birman dan menjadi tarikan ramai, ianya juga antara sebab kenapa baka kucing comel ini diselubungi misteri.

Dandanan

Baka Birman berbulu panjang, sering gugur dan mudah kusut. Oleh itu, ianya penting untuk baka Birman dan anak kucing Birman dimandikan secara berkala untuk menanggalkan semua kotoran dan minyak badan yang terkumpul yang terperangkap di bawah kot mereka. Selain itu, Birman menggemari bulunya disikat kerana ia menenangkan dan boleh menghilangkan bulu yang kusut dan longgar dengan mudah. Tambahan pula, memberus gigi Birman dan anak kucing Birman, memotong kuku dan membersihkan telinga mereka juga merupakan bahagian penting dalam dandanan kucing.

Kesihatan

Walaupun baka Birman tidak mempunyai imuniti yang kuat seperti  kucing Siberian dan Maine Coon, baka Birman biasanya mempunyai daya tahan yang kuat terhadap kebanyakan penyakit kucing. Walau bagaimanapun, memandangkan baka Birman dan anak kucing Birman sering terdedah kepada kardiomiopati hipertropik, gangguan pencernaan dan penyakit buah pinggang, ianya penting untuk memerhatikan kucing Birman untuk sebarang tanda-tanda yang nyata dan berunding dengan doktor haiwan secepat mungkin. Selain itu, Birman juga terdedah kepada gangguan pencernaan yang mungkin mengakibatkan muntah, cirit-birit, kurang selera makan, lesu dan loya, yang mungkin memerlukan perhatian pakar.

Bermain-main

Selain daripada mempunyai latar belakang yang luar biasa, Birman dan anak kucing Birman mempunyai kedudukan istimewa dalam komuniti kucing.  Ciri-ciri kucing Birman yang uniknya sering dikaitkan dengan kebijaksanaan, keceriaan dan kecantikan yang menakjubkan. Sifatnya yang disifatkan penyayang dan lembut menjadikan baka Birman sangat sesuai untuk keluarga yang mempunyai kanak-kanak atau berbilang haiwan peliharaan.

Memandangkan personaliti kucing Birman yang mesra bermain dan ceria, Birman dengan mudah boleh membentuk ikatan yang erat dengan manusia kegemaran mereka seumur hidup. Malah pada usia dewasa mereka, baka Birman masih mengekalkan sifat ingin tahu seperti anak kucing. Memiliki seekor kucing Birman bukan sahaja menenangkan, tetapi juga akan memastikan anda sentiasa terhibur tanpa berasa bosan. 

Selain ciri-ciri kucing Birman yang lemah lembut dan peramah, Birman jugalah mesra bergaul dan menggemari interaksi dan rangsangan minda. Ini memudahkan Birman atau anak kucing Birman untuk bergaul dengan manusia baharu atau rakan bulunya. Ia sering didapati mempelawa rakan-rakannya untuk bermain baling dan ambil serta sorok-menyorok. 

Oleh kerana ianya sangat pintar, inilah antara ciri-ciri kucing Birman yang membolehkannya menghiburkan diri selama berjam-jam dengan permainan interaktif dan mainan teka-teki. Ciri-ciri kucing Birman khususnya telatah-telatah yang bagaikan anak kucing adalah sebahagian daripada perangai dan sifat semulajadi Birman, menjadikan kucing ini sebagai sumber hiburan berterusan untuk ibu bapa kucing.

Soalan Lazim

Apakah kucing Birman mesra bergaul dengan haiwan peliharaan lain?

Ya, ini merupakan antara ciri-ciri kucing Birman yang digemari ramai. Si comel Birman didapati bersifat lemah- lembut dan mesra. Ini membantu mereka mudah bergaul dengan rakan bulu lain kerana ianya merupakan antara ciri-ciri kucing Birman atau perangai semulajadi baka Birman. Rangka baka Birman yang lebih panjang juga membolehkan kucing Birman berinteraksi dengan anjing dengan mudah.

Apakah kucing Birman mesra?

Antara ciri-ciri kucing Birman yang disukai ramai dalah sifatnya yang mesra bergaul. Ini menjadikan Birman dan anak kucing Birman mudah berkawan dengan manusia dan haiwan lain oleh kerana sifat Birman semulajadi ini yang unik. Baka Birman memang gemar bermain-main dan Birman juga amat menggemari pelukan.

Apakah jangka hayat kucing Birman ?

Baka Birman menikmati jangka hayat yang panjang antara 12 hingga 16 tahun. Walau bagaimanapun, dengan pemakanan yang betul, senaman fizikal yang mencukupi, serta tiadanya sebarang masalah kesihatan, baka Birman boleh menikmati jangka hayat yang lebih lama iaitu sehingga 20 tahun.

Apakah kucing Birman mudah diurus?

Birman bukanlah baka yang paling mudah untuk diuruskan, tetapi mereka mematuhi rutin dandanan mereka tanpa menimbulkan masalah. Memandikan baka Birman secara bulanan, memberus bulu Birman, memotong kuku dan menjaga kebersihan gigi yang betul adalah penting untuk baka Birman.

Apakah kucing Birman suka mandi?

Walaupun baka Birman didapati perenang yang kuat, ianya  satu andaian yang salah bahawa kesemua kucing Birman menyukai air. Sesetengah Birman benar-benar menggemari air tetapi perkara yang sama tidak boleh dikatakan mengenai kesemua kucing Birman. Bagaimanapun, baka Birman jarang menolak peluang untuk dimandikan.

Whiskas brand imagery