Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Baka Kucing Somali

Baka Kucing Somali

Somali adalah sejenis kucing yang anggun, cergas dan berotot berukuran sederhana dengan bulunya yang cantik dan berbulu kembang seperti ekor musang. Kucing Somali memerlukan perapian secara berkala untuk sentiasa kelihatan menarik, tetapi tekstur bulunya yang lembut bak sutera tidak mudah bergumpal berbanding bulu kucing Persia. Sejenis kucing yang berbulu sedikit panjang, kucing Somali terdapat dalam  empat warna asas iaitu kayu manis (merah coklat), kuning keperang-perangan (tawny), biru dan perang kekuning-kuningan (beige-fawn) dengan empat warna ini juga di dalam julat warna perak. Setiap helaian bulunya mempunyai banyak garisan hitam atau coklat koko yang mengambil masa agak lama untuk tumbuh sepenuhnya. Anak kucing Somali lahir dengan bulu berwarna gelap yang akan menjadi lebat sepenuhnya apabila usianya mencecah 18 bulan. Somali adalah sejenis kucing yang menyenangkan  dengan mata besar yang berbentuk bujur yang sangat ekspresif. Memiliki sifat yang tenang dan merupakan teman yang baik untuk anak-anak, kucing yang suka bermain dan cergas ini memiliki sifat ingin tahu yang tinggi dan senang bergaul dengan manusia. Kebiasaanya kucing ini memiliki suara yang lembut dan tenang yang mana ianya jarang digunakan.

Whiskas brand imagery