Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Baka Kucing Korat - Personaliti, Saiz dan Ciri-ciri

Baka Kucing Korat - Personaliti, Saiz dan Ciri-ciri

Kucing Korat biasanya ditemui di Thailand, di mana kucing Korat sering diraikan sebagai simbol kemakmuran dan tuah.  Selain menjadi pembawa tuah dalam kehidupan, wajah comel kucing Korat yang berbentuk hati membuatkan mereka sangat popular di kalangan peminat kucing.

Petunjuk Utama:

  • Berat

    Kucing Baka Korat mempunyai berat yang lebih berbanding kucing biasa. Biasanya, kucing Korat perlu mengekalkan berat badan ideal antara 6 hingga 10 paun. Walau bagaimanapun, obesiti adalah masalah biasa pada baka Korat. Oleh itu, penting untuk menggalakkan mereka untuk bersenam dan mengurangkan berat badan berlebihan.

  • Tinggi

    Kucing Baka Korat biasanya mempunyai ketinggian yang rendah hingga sederhana seperti kebanyakan baka kucing dan ketinggiannya antara 9 hingga 13 inci.

  • Jangka Hayat

    Kucing Baka Korat menikmati jangka hayat secara purata antara 10 hingga 15 tahun. Walau bagaimanapun, mereka boleh hidup lebih lama dengan diet sihat, senaman dan kesihatan umum.

  • Bulu

    Kucing Baka Korat biasanya mempunyai bulu satu lapisan yang lebih pendek dan berkilauan. Walaupun kebanyakan bulu kucing ini berwarna biru-kelabu, kucing baka Korat juga mempunyai bulu berwarna kelabu asap. Hujung bulu mereka selalunya dihiasi warna perak berkilauan yang kelihatan seperti halo.

Penilaian:

  • Kemesraan -⭐⭐⭐
  • Keupayaan untuk menyesuaikan diri -⭐⭐⭐
  • Tingkah laku terhadap haiwan peliharaan lain -⭐⭐
  • Suka bermain -⭐⭐⭐
  • Kecenderungan kepada obesiti -⭐⭐⭐⭐
  • Kesihatan menyeluruh -⭐⭐⭐
  • Jangka hayat –⭐⭐⭐⭐
  • Mudah dilatih -⭐⭐⭐⭐
  • Dinasihatkan untuk pemilik kali pertama –⭐⭐⭐⭐

Satu bintang = rendah/buruk

Lima bintang = tinggi/baik

Penampilan Fizikal

Kucing Baka Korat boleh dikenali dengan ciri-ciri seperti bulu satu lapisan yang pendek dan berkilauan. Walaupun kebanyakan kucing Korat mempunyai bulu berwarna biru-kelabu, selalunya hujung bulu mereka berwarna perak kelihatan halo berkilauan. Kucing Baka Korat biasanya mempunyai saiz badan rendah hingga sederhana, selalunya berukuran 9 hingga 13 inci dan berat antara 10 hingga 15 paun. Walaupun lemak badan mereka rendah, kucing Korat mudah untuk menjadi obese dan perlukan senaman yang berkala untuk mengekalkan bentuk badan mereka. Selain itu, kucing Korat juga mempunyai badan yang lebih rendah, padat, berotot dan biasanya lebih senyap berbanding kucing Siam.

Si comel Korat sentiasa mendapat pujian kerana kecantikannya. Dengan mata peridot bulat berwarna hijau dan telinga besar menghadap ke hadapan, baka Korat sememangnya salah satu baka kucing peliharaan yang paling comel. Tahukah anda, kucing Korat sangat popular dengan nama “kucing dengan lima hati”? Ini kerana selain daripada hati mereka yang sebenar, mereka mempunyai wajah yang menyerupai bentuk hati Valentine sama ada dilihat dari hadapan atau atas. Baka Korat juga mempunyai hidung berbentuk hati dan bentuk terakhir hati yang boleh dikenalpasti adalah antara bahu hadapan, pada bentuk otot di dada mereka.

Kesihatan

Kucing Korat sering memerlukan pemeriksaan berkala dengan doktor haiwan untuk memastikan mereka tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Secara amnya, anak kucing Korat menikmati jangka hayat secara purata antara 10 hingga 15 tahun bergantung kepada gaya hidup, diet dan kesihatannya. Berikut merupakan beberapa masalah kesihatan yang mungkin dihadapi kucing baka Korat. Mengambil tahu mengenai masalah kesihatan dan simptom membolehkan anda memastikan sama ada kucing Korat mempunyai sebarang penyakit fizikal atau memerlukan rawatan perubatan.

Baka Korat sering terdedah kepada penyakit seperti calicivirus, rabies dan panleukopenia yang mungkin memerlukan rawatan perubatan segera. Beberapa tip bagi memastikan kucing Korat anda lebih sihat adalah:

  • Pilih makanan kucing berkualiti yang direka khas untuk kucing Korat.
  • Berikan makanan kepada kucing Korat pada kuantiti yang bersesuaian. Memberi makanan secara berlebihan kepada kucing Korat menyebabkan obesiti yang mengundang kepada komplikasi kesihatan lain.
  • Bersihkan kotak tempat najis kucing Korat dengan kerap.
  • Pastikan kucing Korat mempunyai peratusan lemak badan yang ideal. Baka Korat secara amnya mempunyai rendah kandungan lemak yang perlu dikekalkan untuk mengelakkan risiko obesiti.

Dandanan

Bulu kucing Korat kurang bergumpal disebabkan bulunya yang pendek dan berkilauan. Oleh kerana bulu baka Korat jarang gugur, mereka juga jarang memerlukan dandanan untuk membuang bulu gugur dan sel tisu mati. Menyikat bulu kucing secara teliti dua kali seminggu adalah memadai untuk kucing comel Korat. Sebagai seekor haiwan yang suka bersosial, kucing Korat anda pasti akan menikmati sesi dandanan ini, dan membolehkan anda membentuk hubungan yang lebih rapat lagi. Selain mendandan bulu mereka, anda juga perlu gosok gigi kucing Korat sekurang-kurangnya setiap minggu untuk mengelak daripada penyakit periodontal. Walaupun menggosok gigi si comel Korat tidak sukar, anda boleh menggunakan ubat dan berus gigi khusus untuk kucing bagi memudahkan kerja.

Seperti kebanyakan baka kucing lain, kuku kucing Korat perlu dipotong setiap bulan untuk mengelakkan dicakar secara tidak sengaja dan pengumpulan bakteria di bawah kuku. Kebanyakan kucing tidak suka dipotong kuku dan dengan berhati-hati memotong kuku menggunakan pemotong kuku direka khas untuk kucing terbukti bermanfaat untuk mereka. Selain itu, telinga kucing Korat perlu dibersihkan secara berkala untuk mengelakkan jangkitan dan pembiakan bakteria. Kucing baka Korat juga tidak suka mandi dengan kerap, oleh itu, lap mereka dengan kain lembut dan lembab setiap beberapa bulan adalah  berkesan untuk menghilangkan debu dan kotoran.

Bermain

Anak kucing Korat suka bersosial dan mesra secara semula jadi dan sangat suka bermain. Walaupun sifat kucing Korat biasanya pendiam dan santai, baka Korat amat menyukai mainan dan bermain bersama boleh membantu anda membina ikatan yang mendalam dengan mereka. Selain itu, si comel Korat suka menjadi haiwan peliharaan dan suka meringkuk dengan pemiliknya untuk mendapat kasih sayang.

Soalan Lazim mengenai Kucing Baka Korat:

Adakah kucing Baka Korat boleh bergaul dengan haiwan peliharaan yang lain?

Kucing Korat terkenal dengan tingkah laku yang baik dan merupakan haiwan peliharaan yang terbaik untuk rumah yang mempunyai ramai keluarga. Walaupun kucing Korat membesar dengan baik bersama kucing Korat yang lain, mereka juga mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran dan bergaul dengan haiwan peliharaan lain termasuk anjing. Baka Korat sangat sosial, santai dan sering bergantung kepada struktur hierarki. Perlu diingatkan bahawa kucing Korat terkenal dengan sikap mereka yang tidak suka berkongsi dan boleh bergaduh kerana mainan jika diganggu.

Adakah kucing Baka Korat mesra?

Kucing Korat adalah makhluk sosial dengan pemahaman yang kompleks tentang hubungan. Mereka bukan sahaja pintar tetapi juga sangat bertimbang rasa. Selain itu, kucing Korat mesra dengan manusia dan selalu ingin meringkuk dengan anda untuk tidur sebentar. Kucing Korat boleh membina ikatan yang sangat mendalam dengan manusia selagi mereka dijaga dengan penuh kesabaran. Sebagai baka kucing yang sosial, anak kucing Korat tidak suka dibiarkan bersendirian untuk jangka masa lama. Ini boleh menyebabkan anak kucing mengalami kebimbangan perpisahan (separation anxiety). Kucing Korat adalah kucing yang suka duduk di pangkuan dan suka ditemani ahli keluarga. Oleh kerana sikap mereka yang penyayang, baka Korat ialah teman terbaik untuk kanak-kanak dan orang yang lebih tua dalam keluarga.

Berapa lama kucing Baka Korat boleh hidup?

Kucing Korat juga seperti kebanyakan baka kucing lain, menikmati jangka hayat 10 hingga 15 tahun. Mereka juga boleh hidup lebih lama bergantung kepada diet, rutin senaman dan tahap kesihatan.

Adakah kucing Baka Korat mudah didandan?

Si comel Korat biasanya mempunyai bulu satu lapisan yang pendek dan berkilauan. Disebabkan bulu tidak banyak gugur, kucing Korat lebih mudah didandan berbanding kebanyakan baka kucing lain. Anda boleh memastikan bulu si comel Korat bersih dan mengelakkan bulu bergumpal dengan hanya menyikat bulu mereka dua kali seminggu. Selain itu, bersihkan telinga dan gigi mereka setiap minggu untuk menghalang pembentukan bakteria dan mengelak daripada penyakit periodontal.

Adakah kucing Korat suka mandi?

Kucing Baka Korat tidak sukakan air. Memandangkan mereka mempuyai bulu yang lebih pendek yang boleh dibersihkan dengan hanya menyikat dengan teliti, anda tidak perlu memandikan kucing Korat dengan kerap. Anda boleh bantu kucing Korat membiasakan diri dengan air sejak daripada kecil supaya mereka boleh dimandikan apabila perlu. Walau bagaimanapun, jika kucing comel Korat anda berterusan mengelak daripada air, anda tidak perlu paksa mereka mandi.

Whiskas brand imagery