Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Baka Kucing Devon Rex

Baka Kucing Devon Rex

Are you thinking about getting a Devon Rex kitten? Is the Devon Rex cat the right breed for you and your family? Learn more about them here.

Haiwan dengan rupa yang luar biasa ini dikenali sebagai "E. T." dalam dunia kucing dengan mukanya yang pendek, pipinya yang lebar, telinganya yang lebar seperti sayap kelawar dan bentuk tubuhnya yang ramping – namun jangan berfikir yang begini menjadikan kucing ini tidak menarik kerana ia juga mempunyai akal panjang untuk membuat nakal dan menyamar seperti si sang pari-pari. Haiwan ini pertama kali ditemui di Devon, England pada tahun 1960, berdekatan dengan Cornwall di mana anak kucing Cornish Rex yang pertama dilahirkan pada tahun 1950. Devon Rex adalah sejenis haiwan yang bijak dan mudah bergaul yang menjadikan mereka haiwan peliharaan yang penyayang dan ideal – dengan Devon anda akan mempunyai teman sepanjang hayat! Mereka akan menggoyang-goyangkan ekornya apabila mereka berasa gembira – dan hal ini sering terjadi – mereka juga sangat pintar, tangkas dan memiliki sifat ingin tahu semula jadiinya yang meningkatkan lagi kualiti  mereka seperti si sang pari-pari. Devon Rex adalah haiwan yang hebat untuk dimiliki di rumah bagi sesiapa yang mempunyai masalah alergi atau asma kerana ia  memiliki bulu “poodle-like” yang mempunyai paras alergi yang rendah yang mudah dijaga dan tidak banyak bulu yang gugur maka kemungkinan memilikinya sebagai haiwan peliharaan adalah lebih tinggi. Oleh kerana bulunya sangat mudah dijaga maka ia tidak memerlukan pelindungan yang sama seperti bulu biasa dan kucing jenis ini perlu kekal berada dalam keadaan dingin pada musim panas dan hangat pada musim sejuk! Untuk mengimbangi kekurangan bulunya, Devon Rex mempunyai suhu badan yang lebih tinggi sedikit di permukaan tubuhnya daripada baka-baka lain - dan menjadikannya pengelap dan penghangat kaki yang menyamankan.

Whiskas brand imagery