Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Baka Kucing Bobtail Jepun

Baka Kucing Bobtail Jepun

Berdasarkan beberapa catatan awal adalah didapati bahawa kucing domestik yang mula-mula tiba di Jepun adalah dari China atau Korea sekurang-kurangnya 1,000 tahun yang lalu. Yang pastinya, baka Japanese Bobtail wujud di Jepun sejak berabad lalu dan telah diabadikan dalam banyak cetakan dan lukisan kuno.


Japanese Bobtail berbulu panjang telah wujud selama berabad lamanya di Timur sepertimana baka bulu pendek. Japanese Bobtail adalah kucing yang kuat dan sihat dan mereka biasanya melahirkan tiga hingga empat ekor anak kucing yang sangat besar berbanding dengan anak-anak kucing lain yang baru lahir.  


Berbanding dengan baka-baka lain, mereka lebih cepat aktif, berjalan lebih awal dan mula melibatkan diri dengan masalah lebih awal. Anak-anak kucing ini tidak pernah dilahirkan tanpa ekor, atau dilahirkan dengan ekor yang penuh. Mereka adalah kucing yang aktif, cerdas, becok dan suara mereka yang lembut dipenuhi dengan pelbagai nada – sehinggakan sesetengah pemilik berpendapat bahawa kucing mereka boleh "menyanyi". 


Mereka boleh berkelakuan sedikit "seperti anjing" di mana mereka akan menggengam benda dengan mulut mereka, dan juga suka bermain permainan lempar dan tangkap dengan anda di samping suka menerkam segala-galanya, yang pastinya amat seronok untuk dilihat. Mereka adalah haiwan yang tidak mudah takut dan mampu menyesuaikan diri dengan anjing dan haiwan-haiwan lain, dan terutamannya sesuai bersama kanak-kanak.


Pada kebiasaanya para penternak akan menjual anak-anak kucing baka ini di antara usia 12 hingga 16 minggu. Selepas 12 minggu, anak-anak kucing ini seharusnya telah mendapat suntikan-suntikan asas dan telah berkembang dari segi kestabilan fizikal dan sosial yang diperlukan untuk rumah baharu mereka. Kucing yang menawan ini akan menyukai beberapa jenis mainan, tiang untuk menggaru dan sudah tentu ANDA untuk memiliki kehidupan yang sihat, panjang umur dan sejahtera.

Whiskas brand imagery